Kuala Lumpur lepasi 100,000 kes

PUTRAJAYA 20 Julai – Selangor dan Kuala Lumpur kembali mencatatkan kes Covid-19 yang tinggi berbanding semalam sekaligus menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian seluruh negara yang meningkat kepada 12,366.

Menurut Kementerian Kesihatan, Selangor merekodkan 5,524 berbanding 4,404 sementara Kuala Lumpur mencatatkan 1,580 berbanding 609 semalam yang menjadikan dua negeri itu menyumbang 7,104 daripada 12,366 kes.

Kuala Lumpur juga mencatatkan jumlah kumulatif 100,752 kes, negeri kedua melepasi 100,000 kes selepas Selangor.

Sabah yang merekodkan 651 kes semalam menambah kepada 657 kes, Pulau Pinang 460 (426), Sarawak 351 (301), Terengganu 190 (144), Kelantan 179 (170), Putrajaya 50 (48) dan Perlis 2 (1).

Negeri Sembilan yang mencatatkan 1,340 kes semalam hari ini merekodkan 970, diikuti Johor 793 berbanding 876 semalam, Kedah 701 (705), Melaka 309 (474), Perak 295 (324), Pahang 288 (475) dan Labuan 17 (24).

Related posts

Leave a Comment