Melontar jamrah…

MINA 20 Julai – Jemaah haji melontar jamrah semalam, dengan melontar tujuh batu kerikil yang disanitasi, yang disediakan oleh pihak berkuasa dalam beg kecil.

Melontar adalah peringkat akhir rukun Islam kelima itu, dengan memulakan lontaran pertama pada 10 Zulhijah iaitu Jamrah Aqabah (kubra) selepas tiba dari Muzdalifah.

Dengan langkah keselamatan ketat, setiap jemaah akan melakukan lontaran yang melambangkan ‘melawan iblis’ di Kompleks Jamrah itu.

Pada hari-hari berikutnya akan melibatkan lontaran tiga jamrah iaitu Ula, Wusta dan Aqabah

Tiada kesesakan dilaporkan kerana jumlah jemaah yang hanya dihadkan kepada 60,000 orang berikutan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, banyak kemalangan dilaporkan berlaku ketika melontar jamrah kerana jutaan orang terpaksa berasak-asak dalam ruang sempit bagi menunaikan ibadah itu.

Related posts

Leave a Comment