1,226 kes, 14 kematian di Saudi

RIYADH 14 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,226 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 14 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 504,960 kes dan 8,020 kematian Jumlah kes harian itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,295 yang direkodkan semalam manakala kes kematian masih 14 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 1,128 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 484,883 orang. Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 334 kes, diikuti Makkah 260, daerah Timur 158, dan Asir 140. Terdapat 10,929 kes aktif dan 1,430 daripada mereka kritikal..

Read More

Kes harian Indonesia 54,517

JAKARTA 14 Julai – Angka kumulatif Covid-19 di Indonesia mencecah 2.67 juta kes apabila 54,517 jangkitan baharu direkodkan, tertinggi dalam sehari sejak kes pertama pandemik itu dilaporkan pada 2 Mac 2020. Pada masa yang sama, jumlah korban akibat Covid-19 pula 991 orang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sehingga kini berjumlah 69,210 orang. Dalam tempoh 24 jam, Satuan Tugas Penanganan Covid-19 Indonesia juga melaporkan 17,762 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2.15 juta atau 2,157,363 manakala kes aktif pula 443,473 orang. Penerima vaksin dos pertama pula bertambah dan hari ini sebanyak…

Read More

Seluruh negara ke Fasa Dua awal Ogos

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kerajaan menjangkakan peralihan Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara boleh dilakukan pada awal Ogos ini, kata Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob. Katanya, jangkaan itu berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus. Jelas beliau, negeri-negeri lain boleh mengikut jejak Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa Dua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN. Perkembangan…

Read More

9,317 kes baharu di Thailand

BANGKOK 14 Julai – Thailand merekodkan 9,317 kes baharu Covid-19 dan 87 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 363,029 serta 2,934 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,188 adalah kes melibatkan masyarakat awam termasuk lapan kes import manakala 129 lagi berkaitan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 87 kematian melibatkan mereka usia 24 hingga 104 tahun, 79 peratus melebihi 60 tahun. Bangkok merekodkan 55 kematian diikuti Pathum Thani (6), Yala (5), Narathiwat (4), Pattani (3), dan setiap satu di Chiang Mai, Chiang Rai, Kamphaeng Phet,…

Read More

Kes aktif meningkat 101,359

PUTRAJAYA 14 Julai – Dua hari berturut-turut kes harian Covid-19 kekal melebihi 11,000 dengan 11,618 kes dilaporkan hari ini, yang tertinggi pernah direkodkan di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 867,567 kes. Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan di negara ini juga pertama kali meningkat kepada enam angka iaitu sebanyak 101,359 kes. Daripada jumlah itu, 878 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 432 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan. Mengenai kes kematian…

Read More

Filipina catat 3,806 kes baharu

MANILA 14 Julai – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Filipina meningkat kepada 1,485,457 apabila 3,806 lagi kes baharu dilaporkan hari ini. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini sebanyak 6,296 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,414,817 orang pulih atau 95.2 peratus. Bagi tempoh yang sama, seramai 140 orang meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,232 kematian. Kes aktif pula 44,408 atau 3.0 peratus.

Read More

Singapura lapor 60 kes baharu

SINGAPURA 14 Julai – Satu kenaikan yang dianggap mendadak apabila Singapura melaporkan 56 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat hari ini dan empat kes import menjadikan jumlah keseluruhan 62,804. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), daripada 56 kes tempatan itu, sebanyak 41 kes termasuk dalam kluster jangkitan KTV. Sebanyak 17 kes ada kaitan dengan kes terdahulu dan dikuarantin manakala 33 lagi dikaitkan dengan sebelumnya, dikesan melalui pemantauan dan enam kes tidak mempunyai sebarang hubung kait. Empat kes import pula telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya di Singapura. Semua kes dikesan sejurus…

Read More

Selangor, KL sumbang 6,800 kes

PUTRAJAYA 14 Julai – Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes harian di mana Selangor terus mendahului dengan angka 5 manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menambah jumlah kes berbanding semalam. Selangor merekodkan 5,051 berbanding 5,263 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 300,974 manakala Kuala Lumpur 1,749, peningkatan dari 1,521 yang direkodkan semalam. Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 6,800 kes atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan kes harian negara hari ini sebanyak 11,618. Negeri Sembilan pula terus mencatatkan peningkatan kes dengan merekodkan 1,537…

Read More

Aidiladha: Bangladesh tarik sekatan

DHAKA: Bangladesh akan menarik balik sekatan pergerakan mulai Khamis hingga sambutan Aidiladha yang disambut dari 20 hingga 22 Julai ini, walaupun kadar jangkitan baharu Covid-19 melonjak. Bangladesh mula menguatkuasakan sekatan pergerakan paling ketat bermula pada bulan ini apabila jumlah jangkitan baharu dan kematian meningkat secara mendadak. Sepanjang tempoh itu, orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah untuk tujuan kecemasan dan membeli barang keperluan manakala pengangkutan awam, kedai dan pejabat ditutup. Bagaimanapun, jumlah jangkitan terus meningkat,  melepasi sejuta orang dan kematian meningkat melebihi 16,000 orang. Biasanya, setiap kali sambutan Aidiladha, puluhan juta…

Read More

Korban tangguh, solat Aidiladha dihad

SEREMBAN 14 Julai – Pelaksanaan ibadah korban sempena Aidiladha di seluruh Negeri Sembilan tahun ini ditangguhkan berikutan penyebaran virus Covid-19 di negeri itu amat tinggi sehingga boleh mewujudkan kemudaratan yang tidak terkawal. Mufti Negeri Sembilan, Mohd Yusof Ahmad, dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan perkara itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Katanya, perkara itu juga turut dikemukakan kepada Datuk Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin. Mengenai solat sunat Aidiladha, beliau berkata ia dibenarkan hanya membabitkan 12 orang ahli jemaah yang…

Read More