9,317 kes baharu di Thailand

BANGKOK 14 Julai – Thailand merekodkan 9,317 kes baharu Covid-19 dan 87 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 363,029 serta 2,934 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 9,188 adalah kes melibatkan masyarakat awam termasuk lapan kes import manakala 129 lagi berkaitan penjara.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), 87 kematian melibatkan mereka usia 24 hingga 104 tahun, 79 peratus melebihi 60 tahun.

Bangkok merekodkan 55 kematian diikuti Pathum Thani (6), Yala (5), Narathiwat (4), Pattani (3), dan setiap satu di Chiang Mai, Chiang Rai, Kamphaeng Phet, Chanthaburi, Chachoengsao, Chon Bri, Tak, Nakhon Phanom, Rayong, Songkhla, Sukhothai, Suphan Buri dan Udon Thani.

Bangkok juga mencatatkan kes tertinggi iaitu 2,332 kes serta 130 kluster, diikuti 1,006 kes di Samut Prakan, Samut Sakhon 577, Chan Buri 513, Pathum Thani

398, Nonthaburi 347, Chachoengsao 339, Nakhon Pathom 202, Pattani 195 dan Narathiwat 191.

Lapan kes import pula adalah ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu (3), dan yang lain dari  Belgium, Bahrain, Korea Selatan, Afrika Selatan dan Kemboja.

Sehingga semalam, sebanyak 99,511  menerima rawatan Covid-19 di mana 3,201 dilaporkan kritikal dan 828 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment