Lagi 20,232 ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 25 Mac – Sebanyak 20,232 lagi individu dewasa mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menerima dos berkenaan meningkat kepada 15,574,997 orang.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, jumlah itu meliputi 66.2 peratus daripada daripada populasi kumpulan dewasa di negara ini.

Bagi kumpulan populasi yang sama, sebanyak 913 orang mendapatkan dos kedua semalam menjadikan jumlah keseluruhan 22,947,183 atau 97.5 peratus melengkapkan dos di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Sebanyak 98.7 peratus atau 23,223,301 orang daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,846,984 orang atau 91.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 94.6 peratus atau 2,944,079 orang mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, untuk populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 4,569 lagi tampil semalam menjadikan 1,282,478 atau 36.1 peratus telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICK Kanak-kanak (PICKids).

Semalam sebanyak 27,812 dos diberikan meliputi 5,900 dos pertama, 1,680 dos kedua dan 20,232 dos penggalak diberikan menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah PICK sebanyak 68,607,824.

Related posts

Leave a Comment