Kes harian Indonesia 54,517

JAKARTA 14 Julai – Angka kumulatif Covid-19 di Indonesia mencecah 2.67 juta kes apabila 54,517 jangkitan baharu direkodkan, tertinggi dalam sehari sejak kes pertama pandemik itu dilaporkan pada 2 Mac 2020.

Pada masa yang sama, jumlah korban akibat Covid-19 pula 991 orang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sehingga kini berjumlah 69,210 orang.

Dalam tempoh 24 jam, Satuan Tugas Penanganan Covid-19 Indonesia juga melaporkan 17,762 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2.15 juta atau 2,157,363 manakala kes aktif pula 443,473 orang.

Penerima vaksin dos pertama pula bertambah dan hari ini sebanyak 1.994.826 orang  menjadikan jumlahnya 38.909.433 orang manakala penerima dos kedua meningkat kepada 15.611.554 orang termasuk 420,556 orang penerima hari ini.

Sementara itu terdapat lima wilayah yang merekodkan kes positif tertinggi didahului  12.667 kes dan kumulatifnya 701.910, Jawa Barat 10.044 kes (477,585), Jawa Timur 7.088 kes (210,460), Jawa Tengah 5,110 (302,861) dan Banten 3.889 (73,481).

Jawa Barat pula merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 4,119 dan kumulatifnya 368.941 orang, Jakarta 3,066 (592,518), Jawa Tengah 2,735 (235,628), Jawa Timur 1,837 (168,795) serta Yogyakarta 1,044 (58,317).

Lima provinsi dengan angka kematian tertinggi harian pula adalah di Jawa Tengah dengan 237 kes dan kumulatifnya 13.477 orang, Jawa Timur 234 (14,669), Jawa Barat 142 (6,902), Yogyakarta 65 (2,130) dan Jakarta 63 (9.669).

Related posts

Leave a Comment