1,226 kes, 14 kematian di Saudi

RIYADH 14 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,226 kes baharu Covid-19 hari ini dengan 14 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 504,960 kes dan 8,020 kematian

Jumlah kes harian itu menunjukkan peningkatan berbanding 1,295 yang direkodkan semalam manakala kes kematian masih 14 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, seramai 1,128 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 484,883 orang.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 334 kes, diikuti Makkah 260, daerah Timur 158, dan Asir 140.

Terdapat 10,929 kes aktif dan 1,430 daripada mereka kritikal..

Related posts

Leave a Comment