Seluruh negara ke Fasa Dua awal Ogos

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kerajaan menjangkakan peralihan Fasa Satu ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di seluruh negara boleh dilakukan pada awal Ogos ini, kata Timbalan Perdana Menteri,  Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, jangkaan itu berdasarkan perkembangan positif kadar vaksinasi lengkap dua dos yang telah melepasi nilai ambang 10 peratus.

Jelas beliau, negeri-negeri lain boleh mengikut jejak Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang telah pun terlebih dahulu berada di Fasa Dua setelah melepasi nilai ambang ketiga-tiga indikator utama yang ditetapkan di bawah PPN.

Perkembangan ini memberi gambaran bahawa negara berada di landasan yang betul dalam usaha mencapai imuniti kelompok.

“Indikator ini sejajar dengan perancangan PPN yang menjangkakan kadar vaksinasi akan mencapai 10 peratus populasi pada akhir bulan Julai ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kriteria utama untuk memasuki Fasa 2 adalah kes harian Covid-19 di bawah 4,000; kapasiti katil unit rawatan rapi (ICU) berada pada tahap “sederhana”; dan 10 peratus penduduk sudah diberi vaksin sepenuhnya.

Related posts

Leave a Comment