Gandingan muka lama, baharu pertahan 21 kerusi

AYER KEROH 24 Okt . – Barisan Nasional (BN) menggabungkan muka lama dan baharu bagi mempertahankan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.

Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, dikekalkan di DUN Tanjung Bidara, manakala Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, dicalonkan semula bagi mempertahankan DUN Merlimau.

Mereka yang digugurkan adalah bekas Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali (Lendu); Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri,  Rahmad Mariman (Ayer Molek); Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri,  Kalsom Noordin (Pengkalan Batu) dan Exco Belia dan Sukan Negeri,  VP Shanmurgam (Gadek).

Turut digugurkan,  Zahari Mohd Khalil (Durian Tunggal), Zaidi Attan (Serkam) dan Siti Faizah Abd Azis (Sungai Rambai).

Sementara itu, penyandang lain yang disenaraikan adalah Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Hameed Mytheen Kunju Basheer (Ayer Limau);  Abdul Hakim Abdul Wahid (Lendu), Zulkiflie Mohd Zain di Taboh Naning. Ngwe Hee Sem (Machap Jaya),  Mustafa Musa di Durian Tunggal,  Fairul Nizam Roslan di Asahan serta Datuk Rais Yasin di Sungai Udang.

Selain itu, Tuminah Kadi dikekalkan di Pantai Kundor,  Lim Ban Hong di Klebang,  Mohd Ridhwan Mohd Ali di Ayer Molek dan Datuk Mohd Moor Helmy Abd Halem di Duyong.

Senarai itu turut menyaksikan Abd Razak Abd Rahman dikekalkan di Telok Mas,  Khaidirah Abu Zahar (Rim) dan  Azman Abdullah di Serkam.

Muka baharu yang disenaraikan adalah Ahmad Norazila Abd Aziz di Rembia, S Nadarajah di Gadek, Siti Aisyah Mahmood di Pengkalan Batu, Datuk Azman Abdullah di Serkam dan Jezlee Pit di Sungai Rambai.

Senarai calon BN Melaka:

N.01 Kuala Linggi – Rosli Abdullah

N.02 Tanjung Bidara- Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh

N.03 Ayer Limau- Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer

N.04 Lendu – Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid

N.05 Tabuh Naning – Datuk Zulkiflee Mohd Zin

N.06 Rembia – Ahmad Norazril Abd Aziz

N.07 Gadek – S Nadarajah

N.08 Machap Jaya – Datuk Ngwe Hee Sem

N.09 Durian Tunggal – Datuk Dr Mustafa Musa

N.10 Asahan – Datuk Dr Faizrul Nizam

N. 11 Sungai Udang – Datuk Rais Yasin

N. 12 Pantai Kundor – Datuk Tuminah Kadi

N. 14 Klebang – Datuk Wira Lim Ban Hong

N. 15 Pengkalan Batu – Siti Aisyah Mahmood

N.18 Ayer Molek – Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali

N. 21 Duyong – Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem

N. 23 Telok Mas – Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman

N. 25 Rim – Datuk Khaidira Abu Zahar

N. 26 Serkam – Datuk Azman Abdullah

N. 27 Merlimau – Datuk Dr Akmal bin Saleh

N. 28 Sungai Rambai – Jezlee Pit

Related posts

Leave a Comment