Selangor, KL sumbang 6,800 kes

PUTRAJAYA 14 Julai – Hampir semua negeri menunjukkan peningkatan kes harian di mana Selangor terus mendahului dengan angka 5 manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menambah jumlah kes berbanding semalam.

Selangor merekodkan 5,051 berbanding 5,263 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 300,974 manakala Kuala Lumpur 1,749, peningkatan dari 1,521 yang direkodkan semalam.

Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 6,800 kes atau lebih daripada separuh jumlah keseluruhan kes harian negara hari ini sebanyak 11,618.

Negeri Sembilan pula terus mencatatkan peningkatan kes dengan merekodkan 1,537 berbanding 1,033 semalam diikuti Melaka 526 (323), Kedah 504 (497), Pahang 400 (321), Sarawak 289 (472), Sabah 286 (239), Kelantan 236 (211), dan Terengganu 189 (93).

Perlis yang sifar kes semalam hari ini menambah tiga kes baharu.

Sementara itu Johor merekodkan 396 kes berbanding 406 semalam, Pulau Pinang 210 (234), Perak 164 (329), Wilayah Persekutuan Labuan 38 (60) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 40 (77).

Related posts

Leave a Comment