Filipina catat 3,806 kes baharu

MANILA 14 Julai – Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Filipina meningkat kepada 1,485,457 apabila 3,806 lagi kes baharu dilaporkan hari ini.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini sebanyak 6,296 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 1,414,817 orang pulih atau 95.2 peratus.

Bagi tempoh yang sama, seramai 140 orang meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 26,232 kematian.

Kes aktif pula 44,408 atau 3.0 peratus.

Related posts

Leave a Comment