356 kes baharu Arab Saudi

RIYADH 26 Feb. – Arab Saudi merekodkan 356 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 376,377. Menurut Kementerian Kesihatan, lima kematian baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,480 kes. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 367,323 selepas 308 kes lagi dilaporkan sembuh hari ini manakala kes aktif sebanyak 2,574 di mana 473 kritikal. Sementara itu Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan merekodkan 180 kes diikuti daerah Timur 80 dan Makkah 37.

Read More

1.4 juta terima vaksin, 1.3 juta positif

JAKARTA 25 Feb. – Penerima vaksin Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,461,920 ketika jumlah kumulatif kes jangkitan pula meningkat kepada 1,314,634 berikutan pertambahan 8,493 kes baharu. Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah 264 orang menjadikan jumlah keseluruhan 35,518 kematian. Bagaimanapun kes sembuh pula setakat ini meningkat kepada 1,121,411 atau 85.3 peratus berikutan pertambahan 8,686 kes sembuh yang direkodkan hari ini. Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi adalah Jakarta dengan 2,320 kes diikuti Jawa Tengah 1.237, Jawa Barat 1,066, Kalimantan Timur 712 dan Jawa Timur  621 orang. Kes harian positif…

Read More

2,269 kes, 72 kematian di Filipina

MANILA 25 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 2,269 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan 568,680 kes. Setakat pukul 4 petang, jumlah kematian meningkat kepada 12,201 orang termasuk 72 orang lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini. Pada masa yang sama, sebanyak 738 lagi pesakit sembuh dan ini membawa kepada 524,042 orang pulih  atau 92.2 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kes aktif pula 32,437 atau 5.7 peratus. Sementara itu Filipina dijangka menerima bekalan pertama vaksin Covid-19 pada hujung minggu ini bagi membolehkan program imunisasi negara itu dimulakan minggu depan.…

Read More

Thailand catat 72 kes baharu

BANGKOK 25 Feb. – Thailand merekodkan 72 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang melibatkan 63 jangkitan tempatan dan sembilan import yang menjadikan jumlah kumulatif 25,764. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata, 43 kes disahkan di hospital manakala 20 lagi melalui pengesanan aktif dalam masyarakat. Wilayah Samut Sakhon melaporkan 30 kes di mana 27 disahkan di hospital (14 Myanmar dan 13 Thai) dan tiga kes dalam masyarakat melibatkan warga Myanmar. Bangkok pula merekodkan tujuh kes iaitu enam kes hospital, satu dalam masyarakat. Kes lain dilaporkan di daerah…

Read More

8 kluster baharu, 18 lagi tamat

PUTRAJAYA 25 Feb. – Lapan kluster baharu yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster melibatkan komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan hari ini sementara 18 lagi kluster tamat. Ini menjadikan jumlah kluster terkumpul adalah 1,111 dan 612 tamat sementara 499 kluster masih aktif. Kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Kapital, Kluster Anak Air, Kluster Jalan Suria, Kluster Medan Jasa, Kluster Jalan Kejora, Kluster Kafe Genting, Kluster Kampung Lebu, Kluster Jalan Pakat, Kluster Jalan Medini, Kluster Jalan Playar, Kluster Persiaran…

Read More

Selangor mendahului, 666 kes

SELANGOR sekali lagi mencatatkan jumlah kes jangkitan harian di bawah angka 1,000 apabila merekodkan 666 kes (34.6 peratus), naik sedikit berbanding 581 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 527 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Johor pula merekodkan 257 kes (13.4 peratus) berbanding 318 semalam diikuti Sarawak 219 (11.4 peratus) dan Kuala Lumpur 218.   Selangor: 666 kes  187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 43 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri 19, Kluster Industri Jalan Empat, dan Kluster SS Lapan; 340…

Read More

1,924 kes baharu, 12 kematian

PUTRAJAYA 25 Feb. – Kes harian Covid-19 kembali ke angka kurang 2,000 dengan merekodkan 1,924 kes, di mana 1,918 merupakan kes tempatan dan enam kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes positif di negara ini kini 293,698 kes. “Sejak penguatkuasaan Ordinan Darurat pada 11 Januari  2021, Malaysia menunjukkan trend penurunan kes harian baharu secara konsisten dan hari ini buat pertama kalinya Malaysia kembali melaporkan kes harian kurang daripada 2,000 kes. “Ini merupakan perkembangan yang sangat positif dan diharapkan situasi semasa COvid-19 akan…

Read More

Vaksinasi di Selangor bermula

SHAH ALAM 25 Feb. – Program vaksinasi Covid-19 di Selangor bermula hari ini yang akan melibatkan 66,690 orang petugas barisan hadapan untuk fasa pertama di negeri itu. Menteri Besar, Amirudin Shari menjadi individu terawal di Selangor menerima suntikan vaksin Covid-19 itu. Turut serta dalam proses suntikan di Hospital Shah Alam itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan I,  Dr Noor Azmi Ghazali, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta ahli Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor. Amirudin dalam kenyataannya berkata, Selangor mengulangi tekad untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk negeri Merah Kuning bagi melengkapi…

Read More

Jarum suntikan ikut keperluan

PUTRAJAYA 25 Feb. – Penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah mengikut keperluan ketika prosedur suntikan, termasuk proses vaksinasi, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). KKM menjelaskan bahawa untuk prosedur menyedut cecair dari botol, ia memerlukan jarum lebih besar berwarna biru untuk memastikan pengambilan adalah lancar. Perbezaan warna jarum bermakna saiz lubang berbeza. Jarum yang digunakan untuk menyedut dari botol adalah lebih besar (biru) untuk memastikan kelancaran. Manakala jarum bersaiz lebih kecil (merah atau jingga) adalah untuk inokulasi bagi mengurangkan rasa sakit dan lebam. Di samping itu, KKM juga menekankan bahawa…

Read More

16,380 dos tiba di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU 25 Feb. – Sabah akan menerima sebanyak 104,110 dos bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech yang dihantar menerusi enam pakej bermula hari ini sehingga 1 April depan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, kumpulan pertama tiba dari Kuala Lumpur hari ini adalah sebanyak 16,380 dos. Pesawat Raya Airways yang membawa kumpulan pertama bekalan vaksin itu tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabaku (KKIA) pada jam 12.40 tengah hari. Kumpulan kedua akan diterima pada 4 Mac iaitu 9,360 dos, kumpulan ketiga pada 11 Mac (24,550), kumpulan…

Read More