Selangor mendahului, 666 kes

SELANGOR sekali lagi mencatatkan jumlah kes jangkitan harian di bawah angka 1,000 apabila merekodkan 666 kes (34.6 peratus), naik sedikit berbanding 581 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 527 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.


Johor pula merekodkan 257 kes (13.4 peratus) berbanding 318 semalam diikuti Sarawak 219 (11.4 peratus) dan Kuala Lumpur 218.

 

  • Selangor: 666 kes 
    • 187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 43 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri 19, Kluster Industri Jalan Empat, dan Kluster SS Lapan;
    • 340 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 257 kes
    • 107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 60 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 219 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ho Pin;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 218 kes
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Putra Silang;
    • 98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 

Related posts

Leave a Comment