8 kluster baharu, 18 lagi tamat

PUTRAJAYA 25 Feb. – Lapan kluster baharu yang melibatkan lima kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster melibatkan komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi dilaporkan hari ini sementara 18 lagi kluster tamat.

Ini menjadikan jumlah kluster terkumpul adalah 1,111 dan 612 tamat sementara 499 kluster masih aktif.

Kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Kapital, Kluster Anak Air, Kluster Jalan Suria, Kluster Medan Jasa, Kluster Jalan Kejora, Kluster Kafe Genting, Kluster Kampung Lebu, Kluster Jalan Pakat, Kluster Jalan Medini, Kluster Jalan Playar, Kluster Persiaran Selatan, Kluster Jalan Perak, Kluster Kayuh, Kluster Jalan Satria, Kluster Jalan Danau, Kluster Jalan Dewani Satu, dan Kluster Jalan Indah.

Sebanyak 93 kluster melaporkan kes baharu dan antara yang tertinggi hari ini adalah Kluster Perindustrian Pelepas (55 kes), Kluster Tanjung Suria (47 kes), dan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

Berikut lapan kluster baharu:

  • KLUSTER INDUSTRI 19

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di U19, Jalan Industri, Kampung Baru Sungai Buloh, Shah Alam. Sehingga 25 Februari, sejumlah 84 individu disaring, di mana 34 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SS LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di SS 8, Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya. Sehingga 25 Februari, sejumlah 600 individu disaring, di mana 36 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI JALAN EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat, Klang, dan Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan P/4, Kawasan Perindustrian Bangi, Hulu Langat. Sehingga 25 Februari, sejumlah 193 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN HO PIN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan, Kuching, dan Serian di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-279787) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung dari 11 Februari 2021 hingga 13 Februari 2021 di Kuching. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ho Pin off Jalan Datuk Mohd Musa, Samarahan. Sehingga 25 Februari, sejumlah 120 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PUTRA SILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-276106) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kasipillay, off Jalan Ipoh, Kepong. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman kes indeks iaitu di Jalan Silang, Taman Kepong Setia. Sehingga 25 Februari , sejumlah 50 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER LORONG MURNI

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-287624) dilaporkan positif Covid-19  pada 23 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Lorong Murni 9, Taman Desa Murni, Seberang Perai Utara. Sehingga 25 Februari, sejumlah 112 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER KAMPUNG MAK TEH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-283224) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Kampung Mak Teh, Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 150 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA INDERA MAHKOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285746) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan. Sehingga 25 Februari, sejumlah 208 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment