27 kawasan catat IPU tidak sihat

PUTRAJAYA 16 Okt. – Setakat pukul 8 malam ini,  sejumlah 27 stesen pemantauan di seluruh negara merekodkan kualiti udara tidak sihat dengan Pasir Gudang, Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 198.

Bacaan itu bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding 204 yang direkodkan pada 4 petang, sekali gus menyaksikan perubahan kategori kawasan berkenaan daripada sangat tidak sihat kepada tidak sihat.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), stesen pemantauan lain yang turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat ialah Larkin (196) dan Pengerang, Johor (180) diikuti Bandaraya Melaka (179) dan Nilai, Negeri Sembilan (178).

Selain itu, Johan Setia, Selangor (176), Klang (173); Seremban, Negeri Sembilan dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing mencatatkan 172; Kota Tinggi, Johor (171); Batu Pahat (170); Port Dickson, Negeri Sembilan (168) dan Petaling Jaya, Selangor serta Alor Gajah, Melaka pula masing-masing 167.

Selain itu, Putrajaya dan Kluang, Johor merekodkan 164, manakala Shah Alam, Selangor (163); Batu Muda, Kuala Lumpur (160); Tangkak, Johor (159) dan Cheras, Kuala Lumpur serta Banting, Selangor (157).

Di Perak, dua kawasan mencatatkan bacaan sama, 156 iaitu Seri Manjung dan Tanjung Malim, manakala Segamat, Johor (155); Tawau, Sabah (152); Sandakan (115) dan Kuala Selangor (110).

Sementara itu, 40 stesen merekodkan nilai bacaan sederhana dan satu stesen lain tahap baik.

Related posts

Leave a Comment