1.4 juta terima vaksin, 1.3 juta positif

JAKARTA 25 Feb. – Penerima vaksin Covid-19 di Indonesia kini mencecah 1,461,920 ketika jumlah kumulatif kes jangkitan pula meningkat kepada 1,314,634 berikutan pertambahan 8,493 kes baharu.

Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah 264 orang menjadikan jumlah keseluruhan 35,518 kematian.

Bagaimanapun kes sembuh pula setakat ini meningkat kepada 1,121,411 atau 85.3 peratus berikutan pertambahan 8,686 kes sembuh yang direkodkan hari ini.

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi adalah Jakarta dengan 2,320 kes diikuti Jawa Tengah 1.237, Jawa Barat 1,066, Kalimantan Timur 712 dan Jawa Timur  621 orang.

Kes harian positif pula tertinggi di Jawa Barat yang merekodkan 2.546 kes diikuti

Jakarta 1,581, Jawa Tengah 820, Jawa Timur 556 dan Kalimantan Timur 394.

Jawa Barat merekodkan kes kematian tertinggi iaitu 73 kes diikuti  Jawa Tengah 64,  Jakarta 40, Jawa Timur 34 ,  dan Kalimantan Timur sembilan kes.

Jumlah kes aktif pula 157,705.

Sementara itu, hari ini sebanyak 98,782 orang menerima suntikan vaksin. Mereka adalah tenaga kesihatan yang sasaran penerima adalah 1,468,764

Related posts

Leave a Comment