322 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 28 Feb. – Arab Saudi merekodkan 322 kes jangkitan baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 377,383 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, enam lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia 6,494. Di samping itu, sebanyak 294 kes dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 368,305 pesakit pulih selepas menjalani rawatan. Sementara itu Riyadh merekodkan 167 kes jangkitan diikuti daerah Timur 66 dan Makkah 37 kes. Kes aktif pula 2,584 di mana 481 kritikal.

Read More

Singapura tambah 11 kes Covid-19

SINGAPURA 28 Feb. – Sepuluh kes import Covid-19 dan satu kes melibatkan seorang penghuni asrama pekerja asing dilaporkan setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 59,936 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, kesemua kes import dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setiba mereka di sini. Kes  di asrama pekerja itu melibatkan warga Bangladesh berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pembantu penghantaran di Chng Woodworking dan tinggal di Kranji Way. Tugasnya memasukkan dan memunggah barang, tidak melibatkan interaksi dengan pelanggan. Lelaki itu dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sebelumnya, seorang warga Bangladesh berusia…

Read More

Tambahan 5,560 kes di Indonesia

JAKARTA 28 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia menunjukkan peningkatan apabila 5,560 kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,334,634 kes. Pertambahan kes berikutan pemeriksaan terhadap 35,434 spesimen dalam masa sehari dan setakat ini pemerintah memeriksa 10.799,191 spesimen melibatkan 7.194.252 orang. Setiap seorang boleh menjalani pemeriksaan spesimen lebih dari sekali. Jumlah pesakit yang sembuh turut meningkat apabila 6,649 pesakit dilaporkan pulih yang menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,142,703. Sebanyak 185 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada 36,166 kematian,

Read More

70 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Feb. – Thailand merekodkan 70 kes baharu Covid-10 yang melibatkan 62 kes jangkitan tempatan dan lapan import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 25,951. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, secara keseluruhan Samut Sakhon merekodkan 49 kes, 11 di  Pathum Thani dan masing-masing satu di Chon Buri dan Nakhon Pathom. Kes import pula yang dikuarantin sejurus tiba di negara ini adalah tiga dari Emiriyah Arab Bersatu, dua dari Jerman dan masing-masing satu dari Kanada, Switzerland dan Amerika Syarikat. Sebanyak 106 lagi pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 25,128…

Read More

PKPD penjara Tapah dilanjutkan

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Asrama pekerja Imperial Garments di Flat Anjung Tawas Damai, Perak, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, bermula esok. Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi. Katanya, setakat ini sebanyak 524 ujian saringan dilaksanakan dan daripada jumlah itu, seramai 213 orang dilaporkan positif Covid-19. “PKPD itu bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni asrama, sekali gus mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam…

Read More

PKR minta PM letak jawatan

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan tambahan ahli Parlimen, Parti Keadilan Rakyat ( PKR) meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun dengan pengkhianatan dua Ahli Parlimen hari ini, Muhyiddin perlu sedar bahawa majoriti ahli Parlimen tidak lagi bersama beliau dan tidak sepatutnya beliau berusaha untuk mengekalkan Kerajaan yang lemah ini Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat petang ini, beliau menyatakan permohonan maaf PKR terhadap para pengundi di…

Read More

600,000 dos vaksin tiba di Filipina

MANILA 28 Feb. – Filipina akhirnya menerima penghantaran pertama vaksin Covid-19, antara negara terakhir di Asia Tenggara menerima vaksin ketika jumlah jangkitan dan kematian akibat virus berkenaan yang kedua tertinggi rantau ini. Sebuah pesawat tentera China yang membawa 600,000 dos vaksin yang disumbangkan oleh China tiba di pangkalan udara di Manila, petang ini. Presiden Rodrigo Duterte dan pegawai tertinggi Kabinet turut berada di lokasi bagi menyambut ketibaan vaksin dari Sinovac Biotech Ltd itu. “Ketibaan pesawat itu membawa harapan yang kita akhirnya boleh kembali kepada kehidupan seperti biasa,” kata jurucakap presiden,…

Read More

9 kluster baharu, tiga tamat

PUTRAJAYA 28 Feb. – Jumlah kluster meningkat kepada 1,138 apabila sembilan lagi kluster baharu direkodkan dan pada masa yang sama jumlah kluster tamat bertambah kepada 647 apabila tiga lagi tamat hari ini. Tiga kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri, dan Kluster Sri Plentong). Terdapat 491 kluster aktif di mana 89 menambah kes dan antara yang merekodkan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Perusahaan Jalan Bukit (262 kes), Kluster Tapak Bina Bukit Kiara (180) dan Kluster Jalan Tasek Avenue (166). Sembilan kluster…

Read More

Selangor kembali tambah kes

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 914 kes (37.5 peratus) berbanding 862 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 823 kes (90.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 340 kes (14.0 peratus) dan Perak sebanyak 337 kes (13.8 peratus). Selangor: 914 kes  430 kes daripada kluster-kluster, termasuk 307 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Industri Waja, dan Kluster Jalan Selisik; 393 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes…

Read More

Jumlah kes cecah 300,752

PUTRAJAYA 28 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 melepasi angka  300,000 apabila 2,437 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 300,752 kes. Kes baharu hari ini melibatkan 2,435 kes penularan tempatan dan hanya dua kes import. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh 24 jam lepas bilangan kes sembuh adalah 3,251 kes menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh sebanyak 273,417 orang. Sebanyak 85 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (77 kes), Kluster Tembok Taiping…

Read More