16,380 dos tiba di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU 25 Feb. – Sabah akan menerima sebanyak 104,110 dos bekalan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech yang dihantar menerusi enam pakej bermula hari ini sehingga 1 April depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun berkata, kumpulan pertama tiba dari Kuala Lumpur hari ini adalah sebanyak 16,380 dos.

Pesawat Raya Airways yang membawa kumpulan pertama bekalan vaksin itu tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Kota Kinabaku (KKIA) pada jam 12.40 tengah hari.

Kumpulan kedua akan diterima pada 4 Mac iaitu 9,360 dos, kumpulan ketiga pada 11 Mac (24,550), kumpulan keempat pada 18 Mac (3,510), kumpulan kelima pada 25 Mac (18,720) dan keenam pada 1 April sebanyak 31,590 dos.

Seramai 42,117 petugas barisan hadapan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bukan KKM akan menerima vaksin dalam fasa pertama ini.

Ketua Menteri, Hajiji Noor akan menjadi penerima kumpulan pertama pada 4 Mac ini

di samping Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi dan penerima ketiga ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali.

Beliau memaklumkan semua rakyat Sabah hampir empat juta orang itu akan menerima vaksin mengikut fasa seterusnya.

Related posts

Leave a Comment