SEREMBAN 16 Okt. – Krisis institusi diraja Negeri Sembilan terus berlarutan apabila
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir secara terbuka menzahirkan kemurkaan terhadap Menteri Besar, Ismail Lasim ketika bertemu selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Beting, Juaseh, Kuala Pilah.
Menerusi video yang tular, Tuanku Muhriz juga enggan menerima menghadap Ismail yang juga ADUN Juasseh itu malahan di depan khalayak mendakwa Ismail sebelum ini menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dengan menyatakan baginda bukan lagi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
“Ismail Lasim telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar (Raja-Raja) baru-baru ini mengatakan keputusan yang dibuat bersama exco itu ialah sah, dan saya ini bukan lagi Yamtuan Besar Negeri Sembilan. Tu pasal, datang hari ni jumpa saya buat apa?
“Selagi dia tak tarik balik balik apa dia kata tu, jangan jumpa saya. Go away, don’t see me, i don’t want to see you, okay? You understand?”titah baginda,” titah baginda sambil bertanya sama ada baginda masih Yang Dipertuan Besar atau tidak?
Ismail yang berbaju Melayu berada di hadapan baginda dilihat hanya mengangkat sembah ketika ditegur secara terbuka itu.
Selepas insiden berkenaan, kedengaran jemaah masjid melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebagai tanda sokongan kepada baginda.
Krisis institusi diraja Negeri Sembilan berlarutan sejak April lalu apabila empat individu yang mendakwa diri mereka sebagai Undang mengumumkan penyingkiran Tuanku Muhriz daripada kedudukan sebagai Yang Dipertuan Besar.
Pada Jun lalu, kumpulan Undang yang dipertikaikan itu turut mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar yang baharu dalam satu majlis di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka.
Mnnnn
