JAIS sahkan tangkapan figura awam

SEPANG 16 Okt . – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan laporan berhubung satu tangkapan berkaitan kesalahan khalwat melibatkan figura awam di sekitar daerah Petaling pada pukul 6 petang, semalam.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad dalam kenyataannya mengesahkan dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesalahan yang disyaki dilakukan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sehubungan itu, JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara.

Terdahulu, media melaporkan seorang bekas menteri berusia 44 tahun yang juga pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat bersama wanita dipercayai pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) oleh JAIS pada Khamis.

Kedua-dua individu terbabit kemudiannya dibawa ke Pejabat JAIS di Shah Alam untuk proses dokumentasi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment