Vaksinasi di Selangor bermula

SHAH ALAM 25 Feb. – Program vaksinasi Covid-19 di Selangor bermula hari ini yang akan melibatkan 66,690 orang petugas barisan hadapan untuk fasa pertama di negeri itu.

Menteri Besar, Amirudin Shari menjadi individu terawal di Selangor menerima suntikan vaksin Covid-19 itu.

Turut serta dalam proses suntikan di Hospital Shah Alam itu ialah Timbalan Menteri Kesihatan I,  Dr Noor Azmi Ghazali, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor serta ahli Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri Selangor.

Amirudin dalam kenyataannya berkata, Selangor mengulangi tekad untuk mendapatkan bekalan vaksin untuk negeri Merah Kuning bagi melengkapi usaha kerajaan persekutuan dengan menyediakan dos yang secukupnya untuk semua warga Selangor, terutamanya mereka yang berisiko tinggi dan para pekerja di sektor yang menjadi nadi ekonomi negeri.

Sebelum ini, Amirudin berkata, kerajaan Selangor menjangkakan dua hingga lima juta dos vaksin Covid-19 yang dibeli bakal diperoleh selewat-lewatnya pada Mei atau Jun hadapan.

Pembelian semua vaksin itu dianggap penting bagi membantu kelancaran program imunisasi tersebut.

Menurut beliau, langkah itu bertujuan memastikan kesihatan rakyat Selangor terus terjamin dan memastikan bekalan vaksin berkenaan mencukupi selain keperluan kepada rakyat serta pekerja asing kerana industri di negeri ini memerlukannya.

Related posts

Leave a Comment