RIYADH 26 Feb. – Arab Saudi merekodkan 356 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes 376,377.
Menurut Kementerian Kesihatan, lima kematian baharu direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,480 kes.
Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 367,323 selepas 308 kes lagi dilaporkan sembuh hari ini manakala kes aktif sebanyak 2,574 di mana 473 kritikal.
Sementara itu Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan merekodkan 180 kes diikuti daerah Timur 80 dan Makkah 37.
