Thailand catat 72 kes baharu

BANGKOK 25 Feb. – Thailand merekodkan 72 kes baharu jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang melibatkan 63 jangkitan tempatan dan sembilan import yang menjadikan jumlah kumulatif 25,764.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) berkata, 43 kes disahkan di hospital manakala 20 lagi melalui pengesanan aktif dalam masyarakat.

Wilayah Samut Sakhon melaporkan 30 kes di mana 27 disahkan di hospital (14 Myanmar dan 13 Thai) dan tiga kes dalam masyarakat melibatkan warga Myanmar.

Bangkok pula merekodkan tujuh kes iaitu enam kes hospital, satu dalam masyarakat.

Kes lain dilaporkan di daerah Muang, Pathum Thani, Nakhon Nayok, Ayutthaya,

Nakhon Pathom, Tak, Samut Songkhram dan Saraburi

Sembilan kes import yang dikuarantin adalah ketibaan dari Indonesia (1), Kuwait (1), Amerika Syarikat (1), Emiriyah Arab Bersatu (2), Nigeria (1), Oman (1), Rusia (1) dan Bangladesh (1).

Daripada 25,764 kes, sebanyak 24,734 atau 96 peratus dilaporkan sembuh termasuk 192 yang pulih dalam tempoh 24 jam manakala 947 lagi masih menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 22 orang dalam keadaan kritikal dan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Jumlah kematian kekal 83.

Related posts

Leave a Comment