JIKA minggu lalu Selak bawa menyorok di ‘Warung Kopi Kampung’ minggu ini kita singgah pula di Kedai Kopi Sudin. Tetapi kedai ini tutup setiap Ahad. Kalau nak cuba menyorok di sini bolehlah jenguk hari Isnin hingga Sabtu.
Terletak di Radius Business Park, kedai kopi ini menjadi salah satu port untuk menyorok jika bertandang ke Cyberjaya. Konsep kedai ini seperti ‘food court’ dengan sistem layan diri. Pesan dan bayar, tunggu di meja.
Memasuki kedai ini, akan kelihatan ‘gerai’ yang tertulis tulisan rumi dan jawi. Sejuk mata memandang tulisan jawi yang masih menjadi pilihan.
Di situ bolehlah mencuba roti titab, nasi lemak, lontong, nasi dagang, kue tiaw goreng dan makanan Sarawak seperti mi kolok sama ada daging, ayam atau udang. Tidak ketinggalan juga laksa Sarawak.
Salah satu kuih yang menarik perhatian di gerai Nasi Dagang adalah tepung bungkus Mak Leha. Makan satu hendak dua. Khabarnya tepung bungkus ini boleh juga didapati di Restoran Mad Ayam Kampung, Cyberjaya.
Minumannya pelbagai, panas dan sejuk. Sesuai dengan namanya bolehlah cuba kopi O panas. Memang sedap.
Untuk yang berhasrat ke sini, bolehlah mencuba tetapi jangan lewat. Kadang-kadang sebelum pukul 12 dah habis