MENYOROK di mana hari ini? Rabu lalu, saya bersama gang gang Sembang Pagi menyorok di Sisik Sehijau Dedaun. Lokasinya di MAEPS Serdang, berdekatan Animal Garden. Suasana santai di sini. Menawarkan pelbagai makanan tempatan @ tradisional termasuk ubi kayu, lempeng, lepat, lontong, nasi dagang, nasi kerabu, ketupat palas dan sebagainya. Banyak pilihan. 

Yang tak ada roti canai. Minuman teh tarik mesti ada serta istimewanya kopi kampung tiga negeri – Kedah, Johor dan Perak. Kopi O atau kopi susu. Makan dan biskut. Pagi lagi dah ada ikan bakar dan patin. Makan tengah hari pun ada. Pilih makanan, bawa troli, kemudian ke kaunter bayaran. Dan makan di ruang yang selesa. Yang belum cuba bolehlah ke sana.
Menyorok di Sisik Sehijau Dedaun
