SATU lagi lokasi ‘menyorok’ dalam suasana kehijauan alam adalah di Ruai Rasa. Lokasinya di Plot 10, Lot 480 Batu 2 1/2 Jalan Bangi Lama Semenyih. Bagi yang pernah menyorok di Kebun Puisi, kedudukan Ruai Rasa jauh sedikit. Kedudukannya ke dalam sedikit dari jalan utama. Dibuka Selasa hingga Ahad, 7.30 pagi hingga 3 petang dan tutup pada Isnin (boleh semak jika ada perubahan).
Di sini ada masakan Melayu dan Inggeris, maknanya ada pilihan jika mahu ‘lari’ daripada masakan Melayu.
Khabarnya pada hujung minggu ramai yang menyorok di sini. Mujurlah saya pergi pada hari Jumaat, 19 Julai. Itu pun selepas pukul 10 pagi. Maka sudah tidak ramai orang. Mudah duduk dan pilih meja. Masa menunggu ‘order’ juga tidak lama.
Cuma apabila lewat, sudah tentu ada menunyang sudah habis. Apa pun yang penting bagi saya masih ada lempeng.
Menu yang terdapat di sini termasuk roti bakar, nasi lemak, nasi goreng, mee kari, mee bandung, mee goreng, bihun goreng, roti jala dan kacang pool.
Bagi yang mahukan suasana luar daripada kebiasaan, iaitu di dalam bangunan restoran biasa, bolehlah singgah di sini. Sedap atau tidak terpulanglah kepada tekak masing-masing.

