Pulut Dakap…

PULUT Dakap juadah menyorok. Dibalut menggunakan daun pisang seperti lepat pisang atau pulut panggang. Berdasarkan namanya sudah tentulah ada pulut. Tetapi apa yang didakap? Untuk mengetahui saya mencuba juadah ini di gerai kuih muih Mariam Pasar Seberang Jaya. Ia gabungan pulut yang di dalamnya ada pisang. Harga sebiji 60 sen. Pelbagai kuih muih Melayu dijual di sini.

Read More

Nasi Arab Malaya Grill

PERNAH cuba nasi Arab citarasa Melayu? Semalam, singgah di Malaya Grill, Medan Selera Bandar Baru Sungai Buloh. Lokasinya depan Public Bank. Dibuka 12 tengah hari hingga 11 malam. Biasa singgah di situ tetapi selalu pesan menu western. Kali ini pesan nasi Arab kambing talam untuk dua orang dan sell out kambing. Nak tahu sedap atau tak sedap rasa sendiri. Boleh pesan nasi Arab yang dihidang bersama lamb shoulder, lamb shank atau ayam bakar. Khabarnya kambing yang digunakan pun dari Lamb New Zealand, lagi berkualiti, premium dan tekstur daging yang cantik…

Read More

Tempek @ lempeng pisang

AWAK ada pisang lebih? Awak ada pisang awak? Pisang dan awak, dua perkataan berbeza tetapi pisang awak adalah sejenis pisang. Pisang awak boleh buat cucoq @ kuih. Salah satunya, tempek pisang. Ada yang panggil lempeng pisang, bukan lempang. Dalam bahasa Inggeris ada yang cakapĀ  ‘banana pancake’ . Satu lagi kuih orang dulu-dulu untuk menyorok. Memang kreatif orang kita untuk mempelbagaikan kegunaan pisang yang berlebihan. Bila dah ranum, lebih baik buat cucoq (kuih). Macam-macam cucoq boleh buat bukan sekadar cucoq kodok tetapi pisang yang ranum dan berlebihan itu dibuat tempek @…

Read More

Apom lenggang

PAGI ni menyorok apom lenggang atau apam lenggang. Masakan tradisional yang juga popular di utara. Enak di makan begitu sahaja. Apom ini adalah adunan tepung beras, santan, gula, telur yang dikisar. Dulu pernahlah tolong mak kisar. Ada alat dia tu. Kenapa lenggang..sebab apabila dimasukkan adunan ini di tengah kuali kemudian lenggang ikut saiz. Makan panas-panas sedap ni. Rangup. Di utara mudah juga dapat. Ini menyorok di pasar awam Seberang Jaya.

Read More

Nasi ulam

MENYOROK apa pagi ni? Kebetulan merentas negeri ke Seberang Perai, hari ini sempat menyorok nasi ulam. Bukan nasi kerabu. Orang utara tahulah nasi ulam ni. Terjumpa nasi ni di salah satu gerai di Pasar Awam Jalan Todak, Seberang Jaya. Gerai Sharifah ini juga menjual nasi daun lemuni yang hanya mengguna daun lemuni. Dulu di kampung, setiap kali bulan puasa mesti ada menu nasi ulam waktu berbuka. Rajin orang yang membuatnya kerana sanggup mencari ulam-ulaman untuk diadunkan. Biasanya ulam ni ada di sekeliling rumah atau jenguklah di sekitar rumah jiran. Ulam…

Read More

Warung Pak Hussain

JIKA inginkan makanan dulu-dulu pada waktu pagi bolehlah singgah di Warung Pak Hussain, Bandar Puteri, Kajang. Mudah sahaja lokasinya, tidak jauh dari Plaza Tol Putra Mahkota. Nama saja warung tapi sebenarnya restoran. Ada menu The Best of Muo seperti sate ayam, sate daging, ketupat lodeh, soto ayam, mee bandung, mee rebus, laksa Johor. Manakala Kak Patty Old Time Fav pula menyediakan lempeng kelapa, ubi rebus, jejemput ikan bilis dan penaram udang. Di sini seperti biasa ada juga nasi lemak. Itu makanan wajib orang kita semasa menyorok. Tidak ketinggalan mihun dan…

Read More