KHAMIS lalu, 29 Ogos ketika bermalam di Seberang Jaya, lokasi pilihan untuk menyorok adalah Anggerik Desa Tomyan, Bandar Sunway. Biasanya akan singgah di sini untuk makan tengah hari atau makan malam.
Sebelum ini lebih kerap menyorok di pasar awam Seberang Jaya. Di situ macam-macam makanan ada.
Kebiasaannya apabila disebut tomyam, ada yang beranggapan tomyam sahaja yang dijual dan biasanya pada waktu petang dan malam. Tetapi di Anggerik Desa Tomyam, sejak pukul 8 pagi, restoran orang Kelantan ini sudah menyediakan macam-macam makanan untuk menyorok atau sarapan..
Waktu pagi bukan sekadar juadah untuk sarapan atau menyorok tetapi untuk makan tengah hari – nasi campur – sudah tersedia. Macam-macam lauk, ayam, daging, ikan panas-panas. Tidak ketinggalan ulam dan sambal.
Apa pun MENYOROK fokus kepada sarapan, dengan macam-macam pilihan. Di samping pelbagai jenis kuih muih serta pelbagai jenis bubur ada juga roti canai Melayu. Sudah tentu ada macam-macam roti.
Sebut saja nasi, ada nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi goreng, pulut mangga, laksam, pelbagai sup, serta kuih muih Melayu yang beranika rasa dan warna. Tidak ketinggalan tapai.
Dan menariknya, lewat sikit atau menjelang tengah hari ada juga cucur udang cicah kuah kacang. Sempoi punya!

