HARI ni menyorok awal. Selepas kuliah Subuh, sekitar 7.30 pagi dah minum. Menu pagi ini roti canai Restoran Al-Mustaqim Bandar Seri Putra. Sebut roti canai, untuk catatan MENYOROK minggu ini, saya pilih Restoran Sri Bistari KK di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Sudah beberapa kali menyorok di sini.
Macam-macam menu ada di sini – yang dianggap ‘ringan’ sehingga yang ‘berat’. Kalau hujung minggu memang ramai. Bagi mengelak menunggu pelanggan selesai menyorok, saya biasa ke sini pada hari-hari biasa.
Istimewanya di sini adalah roti, bukan setakat roti canai kosong. Kalau tak silap ada lebih 20 jenis roti seperti roti banjir sepecial, roti goyang, serta murtabak.
Makanan lain seperti biasa untuk sarapan pagi adalah nasi lemak, mee rebus, mee kari, bubur ayam, pulut kuning, lempeng, ubi kayu rebus serta pelbagai jenis kuih muih.