makan pagi menjelang tengah hari – bolehlah singgah menjamu selera di Cruffee Crust & Coffee. Dibuka mulai pukul 11 pagi.
Lokasinya di No. 10 Jalan Pusat Perniagaan Desa Kolej 1, Taman Desa Kolej, Bandar Baru Nilai. Kedudukannya di belakang stesen minyak Petronas tapi kena cari jalan masuk. Jangan terus terjah belakang stesen minyak tu…
Makanannya pelbagai yang sesuai dengan selera anak-anak sehingga warga emas.
Terkini menu baharu adalah nasi lemak basmathi berempah. Khabarnya nasi lemak basmathi bukan ada hari-hari. Boleh semak.
Baru-baru ni ketika singgah di situ, Selak pekena lempeng dengan kari ayam. Sekali datang satu set dua keping, bukan saiz biasa pula tu. Sesuai dikatakan brunch.
Pilihan makanan lain termasuk mee rebus daging, mee kari ayam, nasi ayam popcorn, sweet & sour, nasi ayam hensolo, spaghetti carbonara, spaghetti buttermilk. Ada juga kuih muih seperti karipap dan popia.
Sambil menikmati makanan dan minuman, orang lama yang kini bergelar warga emas bolehlah mengimbau kenangan silam termasuk barangan lama dan yang berkaitan dengan filem Melayu.
Barang lama yang dijadikan hiasan termasuk mangkuk tingkat, lampu gasoline, basikal posmen, peti pos.
Dialog atau ayat berkait dengan filem lama termasuklah ahli mesyuarat tingkap; marang prabu kepunden parang skeper; dan Suleiman Akhlaken…
Bagi yang ingin suasana santai dengan hiasan dan suasana lama bolehlah singgah di sini.