TIBA-tiba SUMBER mendedahkan kesalahan lampau Abang Belon yang didakwa mempunyai 13 rekod jenayah lampau, kebanyakannya berkaitan dengan kesalahan dadah. Apa tujuannya dan apa kaitan dengan jual belon tanpa lesen? Pelik, belum masuk mahkamah, sudah didedahkan kesalahan lampau. Lainlah jika di mahkamah nanti pihak pendakwaan mahu mengaitkan kesalahan lampau dengan kesalahan terkini mempunyai kaitan. Itu pun rasanya pelik. Jika benar Zaim atau Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, memiliki rekod jenayah lampau, apa kaitannya dengan kes dia ‘dikasari atau dizalimi’ oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya kerana tiada lesen jual…
Read MoreCategory: SELAK
Jiwa kacau berdepan karenah insan ‘kerdil’
MENYELAK kembali kisah layanan terhadap Pak Cik OKU, Pak Cik PetaI, Abang Belon, timbul persoalan di manakah nilai kemanusiaan, adab dan budaya Melayu ketika ‘melayani’ karenah insan kerdil yang ‘tidak punyai apa-apa’. Benar tugas penguat kuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tiada siapa boleh pertikaikan. Yang bersalah itu mesti dihukum walaupun kesalahannya mencuri susu untuk anak yang sedang kelaparan. Tetapi ketika bertindak di mana hilangnya budaya dan adab ketika berdepan manusia yang hanya bersenjatakan belon, petai, mulut atau tingkah laku? Mereka itu bukannya bersenjata parang, pistol atau bom tangan, paling tidak…
Read MoreTiada kejutan BPT ‘digaul’ bersama BPI
SAH, beras putih tempatan (BPT) bukannya ‘disarungkan baju import’ tetapi ‘bergaul’ dengan beras import dalam kampit yang sama. Akhirnya, selepas dua tahun, ‘misteri’ kehilangan BPT di pasaran sedikit sebanyak terjawab. Tidak dinafikan, sebelum ini ada yang menjangka situasi seumpama ini memang wujud. Ada yang mendakwa segelintir pengeluar mencampurkan BPT dengan kampit BPI, yang bertujuan meraih keuntungan lebih. Tidak kurang juga yang mendakwa BPT hilang kerana dikampitkan kepada beras import dan dijual pada harga RM40. Bagaimanapun situasi itu dibiar tanpa penjelasan terbiar sebagai persepsi atau spekulasi. Apatah lagi, pada September 2023…
Read MoreTersungkur sebelum ke ‘garisan penamat’
NAMA pun ‘Garis Panduan’. Fungsinya sebagai rujukan atau sumber ‘mendapatkan’ nasihat. Ia bukannya Rang Undang-undang (RUU) atau undang-undang yang menjadi dasar sehingga melibatkan seluruh rakyat pelbagai agama mematuhinya. Apa yang difahami dengan garis panduan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ia bermaksud “panduan atau petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. Malangnya belum pun garis panduan itu siap, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pantas memintas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Umpama polis buat sekatan pemeriksaan di tengah…
Read MoreTol: Pengguna lebuh raya menanti formula
TIDAK sampai seminggu menjelang Tahun Baharu Cina 2025, ‘nasib pengguna tol’ khususnya yang mahu pulang bercuti dijangka diketahui mungkin hari ini. Kita tunggu formulanya. Apa yang pasti tidak semua akan dikecualikan daripada bayaran tol. Kerajaan Perpaduan akan menggunakan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan. Mungkin pengguna kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati tidak layak mendapat tol percuma. Ketika di Davos, Switzerland, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan. Langkah itu selaras dengan usaha…
Read MoreJemaah umrah terkandas lagi
LAPORAN mengenai lebih 300 jemaah umrah terkandas menarik perhatian, lebih-lebih lagi baru Khamis lalu penulis tiba dari Madinah selepas selesai umrah di Makkah. Jika yang baru kembali terasa ingin lagi ke sana apatah lagi yang sudah ‘pasang niat’. Sudah tentu amat sedih dan kecewa jika pada saat akhir penerbangan ditangguhkan, sedangkan bayaran penuh sudah dijelaskan, kesihatan pula baik, dan hanya menunggu masa untuk menjejakkan kaki di dua Tanah Suci. Tidak dapat dibayangkan perasaan seseorang jemaah apabila tiba hari yang dinanti, sama ada sudah tiba di KLIA, atau dalam perjalanan ke…
Read MoreTanya sama Sam apa sebab ‘goncang’
APA cerita? Tiba-tiba nama Bagan Datuk, kawasan pilihan raya Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi sebutan terutama dalam kalangan orang politik sama ada melibatkan parti pendokong kerajaan Perpaduan atau Perikatan Nasional (PN). Ada dua cerita menarik dalam beberapa hari ini. Pertamanya cerita yang ‘diriwayatkan’ atau ‘dikisahkan’ oleh Shamsul Iskandar Md Akin, mengenai ‘pengorbanannya’ pada malam keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Cerita kedua apabila khabar dari Bagan Datuk membawa kisah Abdul Hakim, adik Ahmad Zahid meninggalkan UMNO yang diterajui abangnya untuk menyertai Pas. Bagaimanapun dalam sesebuah keluarga ada yang berbeza parti…
Read MoreKapal perang sudah belayar, kita masih berlegar-legar
KETIKA kapal tentera laut China mungkin sudah meneruskan pelayarannya selepas ‘singgah berlabuh’ di Pulau Pinang, rakyat Malaysia terutama melalui media sosial, masih lagi ‘berlegar-legar’ membincangkan isu ini. Kenapa begitu? Bukankah kapal perang yang sedang dalam pelayaran lazimnya akan singgah di mana-mana pelabuhan? Bukannya sesuatu yang luar biasa kapal perang berlabuh di pelabuhan Malaysia termasuk di Klang dan Pulau Pinang. Suatu masa dulu ketika penulis bertugas di Pulau Pinang, pelbagai jenis kapal berlabuh di Swettenham Pier termasuklah kapal milik tentera atau kapal pesiaran pelancong. Media sering dijemput untuk membuat liputan atau…
Read MoreApa selepas ‘tutup buku’ kerajaan Perpaduan Johor
SELEPAS ‘membiarkan’ sekutunya Amanah bersendirian membangkitkan isu pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor, akhirnya DAP tampil berterus terang bahawa parti itu tidak ‘akan mengemis’ jawatan kerajaan negeri. Setiausaha Agungnya, Anthony Loke dilaporkan berkata, jika mahukan jawatan kerajaan, “kita lawan pada pilihan raya dan menang”. “DAP tak pernah ‘buka buku’ pun pasal Kerajaan Perpaduan, jadi jangan salahkan DAP kerana kita tak pernah cadang, ungkit atau tuntut ia ditubuhkan. Jangan ada mana-mana pihak pun nak menyalahkan DAP,” kata Loke. Nampaknya, DAP tidak gelojoh atau bersikap ‘lebih sudu dari kuah’ seperti dilabelkan Ahli Majlis…
Read MoreLangkah Mahkota cetus ‘perang mulut’
SUDAH menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, macam-macam cerita keluar. Perang ‘mulut’, tuduh menuduh, sindir menyindir melibatkan dua tiga kerat pemimpin parti Kerajaan Perpaduan – UMNO, DAP, Amanah dan PKR. Tidak seperti suasana selepas Perikatan Nasional (PN) menang di DUN Sungai Bakap – yang menang tenang, tidak berlaku ‘perang mulut’ sementara yang kalah membisu seribu bahasa, mungkin meratapi kekalahan walaupun sebelum itu yakin. Mujurlah ‘perang’ parti politik Kerajaan Perpaduan di Mahkota berlaku sebelum penamaan calon dan selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan mempertahankan kerusi itu. Jika berlaku sebelum itu mungkin…
Read More