Kecuaian punca ‘kesilapan tidak disengajakan’

MASIH berlegar rasa tidak puas hati dalam kalangan pimpinan kerajaan berhubung kesilapan infografik berkaitan profil Ketua Polis Negara (KPN) baharu, Mohd Khalid Ismail. Kebetulan dikaitkan pula dengan PKR, parti pemerintah. Selain pihak polis termaauj Mohd Khalid, tiga pemimpin PKR juga membangkitkan hal ini iaitu Setiausaha Agung, Fuziah Salleh, Ketua Penerangan Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail. Hakikatnya, isu ini menjadi tumpuan dan perhatian pelbagai pihak kerana profil yang diterbitkan Sinar Harian itu melibatkan pegawai tertinggi dalam agensi penguatkuasaan terbesar negara, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lainlah jika…

Read More

Halangan Nurul Izzah hanya persepsi

MELIHAT ‘gelombang’ sokongan kepada Nurul Izzah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, adakah keputusan akhir menyaksikan tiada pertandingan bagi jawatan itu, atau istilah mudah menang tanpa bertanding? Tetapi siapa pula bakal menang tanpa bertanding, jika keadaan itu berlaku? Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh terjadi pada saat-saat akhir “demi perpaduan dan kekuatan” parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Apa pun penyandang jawatan, Rafizi Ramli sudah bersedia menghadapi saingan terutama melibatkan Nurul Izzah dan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Rafizi mulanya mahu berundur. Kata Rafizi, apa juga pilihan…

Read More

Warna biru mana satu kuasai Ayer Kuning

SIAPA kuasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning? Mampukah Perikatan Nasional (PN) mengurangkan kerusi Barisan Nasional (BN) kepada lapan atau lebih tepat tujuh atas nama UMNO? Apakah akan ada keajaiban? Semua persoalan itu akan terjawab apabila 31,315 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat esok, Sabtu 26 April selepas tamat 14 hari tempoh berkempen. Di atas kertas tidak ada sebab BN boleh kehilangan kerusi itu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu ditambah pula dengan sokongan sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan…

Read More

Hari Raya bersama ‘mercun, joget, kartun’

SUDAH 10 hari kita berhari raya. Sekolah sudah dibuka selepas anak-anak sekolah serta guru-guru berhari raya seminggu. Ruang pejabat sama ada kerajaan atau swasta kembali seperti biasa. Urusan kaunter kembali sibuk. Isnin, saya ke KWSP Kajang. Urusan pengeluaran pinjaman perumahan secara ansuran. Setiap 12 bulan akan buat. Itulah satu-satunya sumber pendapatan yang ada untuk bayar pinjaman selepas bersara. Alhamdulillah ada simpanan. Ramai yang beratur untuk dapatkan perkhidmatan. Tiba giliran saya untuk mohon pengeluaran tahunan. Disuruh pula buat online. Bab ni saya memang malas. Saya lebih gemar ke kaunter. Mudah. Apatah…

Read More

Mencari keadilan, membela yang dizalimi

TIBA-tiba SUMBER mendedahkan kesalahan lampau Abang Belon yang didakwa mempunyai 13 rekod jenayah lampau, kebanyakannya berkaitan dengan kesalahan dadah. Apa tujuannya dan apa kaitan dengan jual belon tanpa lesen? Pelik, belum masuk mahkamah, sudah didedahkan kesalahan lampau. Lainlah jika di mahkamah nanti pihak pendakwaan mahu mengaitkan kesalahan lampau dengan kesalahan terkini mempunyai kaitan. Itu pun rasanya pelik. Jika benar Zaim atau Muhammad Zaimuddin Azlan, 28, memiliki rekod jenayah lampau, apa kaitannya dengan kes dia ‘dikasari atau dizalimi’ oleh penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya kerana tiada lesen jual…

Read More

Jiwa kacau berdepan karenah insan ‘kerdil’

MENYELAK kembali kisah layanan terhadap Pak Cik OKU, Pak Cik PetaI, Abang Belon, timbul persoalan di manakah nilai kemanusiaan, adab dan budaya Melayu ketika ‘melayani’  karenah insan kerdil yang ‘tidak punyai apa-apa’. Benar tugas penguat kuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tiada siapa boleh pertikaikan. Yang bersalah itu mesti dihukum walaupun kesalahannya mencuri susu untuk anak yang sedang kelaparan. Tetapi ketika bertindak di mana hilangnya budaya dan adab ketika berdepan manusia yang hanya bersenjatakan belon, petai, mulut atau tingkah laku? Mereka itu bukannya bersenjata parang, pistol atau bom tangan, paling tidak…

Read More

Tiada kejutan BPT ‘digaul’ bersama BPI

SAH, beras putih tempatan (BPT) bukannya ‘disarungkan baju import’ tetapi ‘bergaul’ dengan beras import dalam kampit yang sama. Akhirnya, selepas dua tahun, ‘misteri’ kehilangan BPT di pasaran sedikit sebanyak terjawab. Tidak dinafikan, sebelum ini ada yang menjangka situasi seumpama ini memang wujud. Ada yang mendakwa segelintir pengeluar mencampurkan BPT dengan kampit BPI, yang bertujuan meraih keuntungan lebih. Tidak kurang juga yang mendakwa BPT hilang kerana dikampitkan kepada beras import dan dijual pada harga RM40. Bagaimanapun situasi itu dibiar tanpa penjelasan terbiar sebagai persepsi atau spekulasi. Apatah lagi, pada September 2023…

Read More

Tersungkur sebelum ke ‘garisan penamat’

NAMA pun ‘Garis Panduan’. Fungsinya sebagai rujukan atau sumber ‘mendapatkan’ nasihat. Ia bukannya Rang Undang-undang (RUU) atau undang-undang yang menjadi dasar sehingga melibatkan seluruh rakyat pelbagai agama mematuhinya. Apa yang difahami dengan garis panduan? Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ia bermaksud “panduan atau petunjuk yang perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yang boleh dijadikan panduan atau pegangan. Malangnya belum pun garis panduan itu siap, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) pantas memintas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Umpama polis buat sekatan pemeriksaan di tengah…

Read More

Tol: Pengguna lebuh raya menanti formula

TIDAK sampai seminggu menjelang Tahun Baharu Cina 2025, ‘nasib pengguna tol’ khususnya yang mahu pulang bercuti dijangka diketahui mungkin hari ini. Kita tunggu formulanya. Apa yang pasti tidak semua akan dikecualikan daripada bayaran tol. Kerajaan Perpaduan akan menggunakan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan. Mungkin pengguna kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati tidak layak mendapat tol percuma. Ketika di Davos, Switzerland, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan. Langkah itu selaras dengan usaha…

Read More

Jemaah umrah terkandas lagi

LAPORAN mengenai lebih 300 jemaah umrah terkandas menarik perhatian, lebih-lebih lagi baru Khamis lalu penulis tiba dari Madinah selepas selesai umrah di Makkah. Jika yang baru kembali terasa ingin lagi ke sana apatah lagi yang sudah ‘pasang niat’. Sudah tentu amat sedih dan kecewa jika pada saat akhir penerbangan ditangguhkan, sedangkan bayaran penuh sudah dijelaskan, kesihatan pula baik, dan hanya menunggu masa untuk menjejakkan kaki di dua Tanah Suci. Tidak dapat dibayangkan perasaan seseorang jemaah apabila tiba hari yang dinanti, sama ada sudah tiba di KLIA, atau dalam perjalanan ke…

Read More