Kekal dasar ke arah sifar plastik

SUBANG JAYA 12 Feb. – Malaysia kekal dengan dasar ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna khususnya membabitkan penyedut minuman, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Beliau berkata, pihaknya melihat tiada keperluan bagi penggunaan penyedut minuman plastik dalam kalangan pengguna, kerana wujudnya alternatif lain. Itu pilihan negara masing-masing tetapi bagi Malaysia, dasar kita adalah ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna…macam penyedut minuman plastik itu sudah boleh menghala ke arah sifar penggunaan. “Tak perlu pun (penyedut minuman plastik) tetapi ia sudah jadi kebiasaan, sedangkan kalau…

Read More

Azam jadikan DAP pilihan popular masyarakat

KUALA LUMPUR 12 Feb. – “Kami  berazam menjadikan DAP pilihan popular masyarakat berbilang kaum Malaysia,” Itu hasrat pemimpin utama DAP, iaitu Setiausaha Agung Anthony Loke dan Naib Pengerusi Nga Kor Ming. Kor Ming yang merujuk makan malam sempena Tahun Baharu Cina bersama Loke malam tadi berkata, mereka sepakat untuk berganding bahu membina parti DAP berbilang kaum yang kukuh, stabil, cekap, bersih serta menjana sinar HARAPAN baharu buat rakyat Malaysia. “Sehubungan itu juga, kami bersetuju akan cekal terus membantu kerajaan PERPADUAN merealisasikan aspirasi Malaysia Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk…

Read More

Dr Akmal cenderung bantu pembangkang?

SEPANG 12 Feb. –  Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendakwa tindak tanduk Dr. Akmal Saleh memberi gambaran seolah-olah Ketua Pemuda UMNO itu sedang membantu pembangkang untuk merosakkan imej Kerajaan Perpaduan.. Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim Chun Weng, juga menyifatkan Dr. Akmal berkelakuan lebih seperti Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berbanding memperjuangkan kepentingan Kerajaan Perpaduan sendiri. “Tindakan Akmal yang berulang kali menyerang pemimpin dan dasar Kerajaan Perpaduan secara berkala memberi gambaran seolah-olah beliau sedang membantu pembangkang untuk merosakkan imej kerajaan. Pemuda UMNO tidak seharusnya cuba mengalihkan perhatian masyarakat dengan menggambarkan seolah-olah DAPSY menentang…

Read More

Cadang wujud menteri hal ehwal bukan Islam

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Seorang penyokong kerajaan yang mewakili Pakatan Harapan (PH) mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam. Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata, langkah itu penting bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini dan memastikan tiada pihak yang terpinggir. Beliau menarik perhatian Dewan Rakyat, sudah ada Exco khusus untuk menjaga rakyat bukan Islam diwujudkan di beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak. “Saya mencadangkan agar portfolio Menteri…

Read More

Malaysia tidak terkesan peraturan Saudi

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Malaysia tidak terkesan dengan peraturan baharu kerajaan Arab Saudi yang tidak membenarkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun menunaikan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ini kerana Lembaga Tabung Haji (TH) menetapkan syarat umur minimum jemaah tanah air yang layak menunaikan ibadat haji adalah mesti berusia 15 tahun. “Jika kita lihat pengumuman kerajaan Arab Saudi, larangan itu untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah. Dalam konteks kita (Malaysia) TH meletakkan umur bagi menunaikan ibadat haji…

Read More

Pantau harga tambang musim perayaan

SHAH ALAM 12 Feb. – Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap kenaikan harga tambang yang tidak masuk akal pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau memberitahu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memantau peningkatan harga tiket atau tambang bas ekspres itu. Katanya, kerajaan sebelum ini sudah memberikan kebenaran kepada pengusaha bas ekspres untuk mengenakan surcaj 10 peratus kepada penumpang ketika musim perayaan, dan kawalan harga ini memang ada. “Memang ada kawalan harga untuk tambang bas ekspres, jadi syarikat bas ekspres tidak boleh naikkan harga tambang…

Read More

Kaji semula keberkesanan Akaun 3 KWSP

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.beliau berkata tindakan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel itu tidak berkesan susulan ramai yang membuat pengeluaran bukan dari golongan susah. Beliau mendakwa ramai yang membuat pengeluaran untuk membiayai aktiviti mewah yang tidak diperlukan. Justeru beliau berkata, dasar kerajaan untuk mewujudkan Akaun 3 tidak berjaya, tidak berkesan dan sepatut apa yang dilakukan…

Read More

Kanak-kanak dilarang sertai jemaah haji

RIYADH – Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini, satu peraturan baharu yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi. Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,  langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji. “Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” demikian menurut kementerian itu dalam kenyataannya. Sebagai tambahan kepada langkah itu, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang…

Read More

Raja Abdullah tetap tolak hasrat Trump

WASHINGTON – Raja Abdullah tetap mengulangi pendirian teguh Jordan menentang pemindahan penduduk Palestin di Gaza, serta di Tebing Barat yang diduduki yang bersempadan dengan negaranya. “Ini adalah kedudukan Arab yang bersatu. Membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin dan menangani situasi kemanusiaan yang teruk harus menjadi keutamaan untuk semua,” katanya di platform X. Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendesak Raja Abdullah untuk menerima rakyat Palestin yang akan dipindahkan secara kekal di bawah rancangannya untuk mengambil alih Semenanjung Gaza. Trump menegaskan beliau tidak akan berundur daripada idea pemindahan penduduk…

Read More