KANGAR 31 Dis. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis menarik semula pemakluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung permohonan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Chuping, Guar Sanji dan Bintong, yang sebelum ini diisytihar kosong. Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan, berkata walaupun tidak akan berlaku PRK, ketiga-tiga kerusi berkenaan akan kekal kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Keputusan dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir termasuk pendirian Pas selaku parti komponen Perikatan Nasional (PN) yang memberi jaminan akan terus komited mengekalkan kelangsungan dan kestabilan kerajaan negeri Perlis,” katanya.…
Read MoreYear: 2025
Azhan Panglima Tentera Darat
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Azhan Md Othman, 57 dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa 1 Januari 2026. Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, berkata pelantikan dibuat selaras keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November lalu dan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember. “Pelantikan ini diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat Malaysia (TDM) serta meningkatkan keupayaan operasi ATM dalam memenuhi tuntutan pertahanan negara pada masa kini dan hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Azhan, anak…
Read MoreKemuncak JIMBA malam ini
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) sampai ke kemuncaknya apabila JIMBA Finale berlangsung malam ini dengan 15 cabutan pakej umrah dan Cabutan Bonanza yang menawarkan sebuah kereta BYD Sealion 7. Mereka yang berdaftar dengan Andalusia pada tahun 2025 masih berpeluang memenangi hadiah-hadiah itu selepas cabutan mingguan dengan pelbagai hadiah ditawarkan mulai Januari lalu. Majlis JIMBA Finale ini akan berlangsung di cawangan-cawangan yang terpilih dengan lokasi utamanya di Darul Muttaqin Home, Ampang Hilir Peserta mesti hadir secara fizikal di cawangan Andalusia berkenaan semasa cabutan dilakukan…
Read MoreBerita pilihan..
Surat terakhir PostNord
BRUSSELS – PostNord, pengendali perkhidmatan pos milik kerajaan Denmark semalam menghantar surat terakhirnya, sekali gus menamatkan tradisi pengedaran surat awam selama 401 tahun di negara itu. Berikutan itu, PostNord akan memberikan tumpuan eksklusif kepada perkhidmatan penghantaran bungkusan, susulan penurunan mendadak dalam jumlah surat akibat pendigitalan dan perubahan tabiat komunikasi. “Kami menamatkan pengedaran surat selepas berabad lamanya, namun membuka lembaran baharu dalam bidang yang paling diperlukan oleh rakyat Denmark hari ini, iaitu e-dagang apabila penghantaran bungkusan kini mengatasi jumlah surat.”kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kim Pedersen. Langkah itu mencerminkan peralihan besar dalam…
Read MoreBangladesh berkabung tiga hari
NEW DELHI – Bangladesh mengumumkan tempoh berkabung negara selama tiga hari bermula Rabu susulan kematian Perdana Menteri wanita pertamanya, Begum Khaleda Zia yang meninggal dunia pada usia 80 tahun pada Selasa. Ketua Penasihat kerajaan interim, Muhammad Yunus yang mengumumkan demikian turut mengimbau kembali sumbangan Khaleda terhadap pembangunan Bangladesh dan menyifatkan, Bangladesh “kehilangan seorang pelindung negara yang hebat.” Solat jenazah Khaleda akan diadakan di hadapan bangunan Parlimen di Dhaka pada Rabu, yang diisytiharkan sebagai cuti umum dan jenazah akan dikebumikan bersebelahan pusara suaminya. Khaleda dikenang sebagai seorang pemimpin yang bangkit menentang…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 31.12.2025
Semua 4 ADUN dilantik Exco Perlis.
KANGAR 30 – Semua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, langkah tersebut terpaksa diambil susulan pendirian Pas yang memilih untuk tidak menyertai barisan Exco kerajaan negeri, walaupun parti itu kekal bersama Perikatan Nasional (PN) di negeri itu. “Kerajaan Perlis tiada pilihan selain melantik semua ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memastikan pentadbiran negeri dapat diteruskan secara stabil dan mengikut peruntukan undang-undang,”…
Read MoreCari titik persamaan, henti bertelagah
SEPANG 30 Dis. – Mursyidul Am Pas Hashim Jasin menyeru seluruh kepemimpinan politik dan rakyat untuk kembali kepada agenda penyatuan ummah dengan mencari titik persamaan demi kestabilan negara. Katanya, tenaga dan masa yang ada sepatutnya digembleng untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat, ekonomi, dan kedaulatan negara, bukannya dihabiskan untuk bertelagah sesama sendiri. “Kita perlu berlapang dada dan membuang ego untuk duduk berbincang atau setidak-tidaknya mengamalkan politik matang dan sejahtera. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya menjadi asbab untuk kita bermusuh sehingga memutuskan silaturahim. Kepada ahli-ahli dan penyokong Pas khususnya, serta…
Read MoreKetua Pemuda DAPSY Pulai keluar parti
JOHOR BAHRU 30 Dis . – Selepas sembilan tahun aktif sebagai ahli, Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulai, Sor Wat Kit mengumumkan peletakan semua jawatan yang disandangnya sekali gus keluar daripada parti itu. Tindakan itu menyusul selepas empat pemimpin DAPSY Johor, termasuk Ketuanya, Loh Wei Jian mengumumkan peletakan jawatan masing-masing susulan peningkatan komitmen dalam urusan organisasi tersebut. Wat Kit berkata, keputusan dibuat selepas tidak lagi bersetuju dengan beberapa pendekatan dan keputusan kepemimpinan Pusat serta DAPSY Johor. Bekas Pengarah Biro Hal Ehwal Mahasiswa DAPSY Johor dan Setiausaha DAP Cawangan Taman Sutera…
Read More