Kanak-kanak dilarang sertai jemaah haji

RIYADH – Kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci pada musim haji tahun ini, satu peraturan baharu yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi,  langkah itu bertujuan melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.

“Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji,” demikian menurut kementerian itu dalam kenyataannya.

Sebagai tambahan kepada langkah itu, kementerian itu juga telah memperkenalkan beberapa inisiatif baharu yang bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jemaah haji.

Ini termasuk kempen kesedaran mengenai keselamatan mandiri, pengenalan sistem bijak yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji ke kawasan ibadah dan pemodenan khemah serta laluan untuk meningkatkan keselesaan bagi memudahkan pelaksanaan ibadah haji.

Kementerian terbabit turut mengumumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada jemaah yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun 2025 ini.

Sebelum ini, Arab Saudi juga mengumumkan perubahan penting kepada dasar visa haji di mana bermula 1 Februari, jemaah dari 14 negara hanya akan layak untuk mendapatkan visa masuk tunggal.

Perubahan itu bertujuan untuk mengurangkan amalan menunaikan haji tanpa kebenaran yang sah.

Nnn

Related posts

Leave a Comment