Dr Akmal cenderung bantu pembangkang?

SEPANG 12 Feb. –  Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mendakwa tindak tanduk Dr. Akmal Saleh memberi gambaran seolah-olah Ketua Pemuda UMNO itu sedang membantu pembangkang untuk merosakkan imej Kerajaan Perpaduan..

Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim Chun Weng, juga menyifatkan Dr. Akmal berkelakuan lebih seperti Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berbanding memperjuangkan kepentingan Kerajaan Perpaduan sendiri.

“Tindakan Akmal yang berulang kali menyerang pemimpin dan dasar Kerajaan Perpaduan secara berkala memberi gambaran seolah-olah beliau sedang membantu pembangkang untuk merosakkan imej kerajaan.

Pemuda UMNO tidak seharusnya cuba mengalihkan perhatian masyarakat dengan menggambarkan seolah-olah DAPSY menentang usaha mereka dalam membawa suara rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Chun Weng berkata, DAPSY menyokong sebarang cadangan dan kritikan yang membina, selagi ia produktif dan membawa manfaat kepada Malaysia.

“Namun, apa yang kita lihat ialah Akmal lebih cenderung membuat kenyataan bersifat provokatif dan tidak berasaskan fakta serta hujah yang bernas,” katanya yang merujuk beberapa kenyataan seperti mencadangkan logo “non-halal” ditampal di dahi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok,

Begitu juga kenyataan menggelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, sebagai “Menteri Bodoh”, serta mempertikaikan kelayakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing.

“Jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO kini lebih sibuk menyerang pemimpin Kerajaan Perpaduan daripada menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat atau mempertahankan kerajaan sendiri daripada serangan pembangkang,” katanya.

Chun Weng juga mengkritik sikap berat sebelah Dr Akmal yang memilih untuk berdiam diri apabila kenyataan ekstrem datang dari pihak PN.

“Ketua Penerangan Sayap Bersekutu Bersatu Johor, Khoo Keng Ek, sebelum ini menyifatkan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis sebagai dasar apartheid – satu kenyataan yang jelas keterlaluan.

Namun, Akmal memilih untuk berdiam diri. Adakah ini kerana kenyataan tersebut datang dari pihak Perikatan Nasional?”,” katanya sambil mengingatkan Akmal agar berhenti menjadi “duri dalam daging” dalam Kerajaan Perpaduan.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment