Kaji semula keberkesanan Akaun 3 KWSP

KUALA LUMPUR 12 Feb. – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan meminta kerajaan mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.beliau berkata tindakan kerajaan mewujudkan Akaun Fleksibel itu tidak berkesan susulan ramai yang membuat pengeluaran bukan dari golongan susah.

Beliau mendakwa ramai yang membuat pengeluaran untuk membiayai aktiviti mewah yang tidak diperlukan.

Justeru beliau berkata, dasar kerajaan untuk mewujudkan Akaun 3 tidak berjaya, tidak berkesan dan sepatut apa yang dilakukan adalah buat dasar pengeluaran yang secara bersasar.

Wan Saiful berkata, beliau ada berjumpa dengan pencarum yang menunjukkan jumlah jutaan Ringgit di dalam akaun KWSP masing-masing.

“Seorang tu ada RM1.3 juta dan seorang lagi RM1.8 juta dalam akaun. Tapi yang ada RM1.3 juta tu kerja sebagai basuh pinggan dan seorang lagi terlantar di hospital, tidak mampu bayar bil.

“Macam mana kita nak buat ini. Sebab itu penyelesaian kerajaan mewujudkan Akaun Felxible ini tidak berkesan,” katanya.

Wan Saiful  bagaimanapun mengakui bahawa simpanan untuk hari tua adalah sangat diperlukan.

“Tapi kalau nak tunggu hari tua pun tak boleh sebab hari ini tak mampu nak hidup. Rumah kena lelong…bil hospital tak mampu nak bayar, kena pinjam dekat Ah Long lagi.

“Mereka perlukan bantuan hari ini bukan tunggu sampai umur 50 atau 55 tahun baru nak keluarkan duit KWSP. Mana adilnya kalau kita paksa mereka untuk mohon bantuan sara hidup,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment