Amirudin mahu pertahan Naib Presiden PKR

SHAH ALAM 28 Feb. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengesahkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung 24 Mei ini. Beliau berkata keputusan berkenaan mengambil kira faktor kestabilan parti yang merupakan antara komponen menerajui Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. “Sebab itu, saya berpendirian kita harus terus menyusun kekuatan demi untuk pastikan Selangor jitu. Kalau Selangor sudah jitu dan padu, insya-Allah negeri lain juga akan jitu dan padu. Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) berdiri dengan sokongan 100 peratus kita semua tanpa ada belah bahagi. “……

Read More

Indonesia puasa Sabtu, Malaysia Ahad

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa esok, manakala Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac. Di Malaysia,  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa itu menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan sudah diperkenankan untuk melihat anak bulan Ramadan pada petang…

Read More

Tiada kejutan BPT ‘digaul’ bersama BPI

SAH, beras putih tempatan (BPT) bukannya ‘disarungkan baju import’ tetapi ‘bergaul’ dengan beras import dalam kampit yang sama. Akhirnya, selepas dua tahun, ‘misteri’ kehilangan BPT di pasaran sedikit sebanyak terjawab. Tidak dinafikan, sebelum ini ada yang menjangka situasi seumpama ini memang wujud. Ada yang mendakwa segelintir pengeluar mencampurkan BPT dengan kampit BPI, yang bertujuan meraih keuntungan lebih. Tidak kurang juga yang mendakwa BPT hilang kerana dikampitkan kepada beras import dan dijual pada harga RM40. Bagaimanapun situasi itu dibiar tanpa penjelasan terbiar sebagai persepsi atau spekulasi. Apatah lagi, pada September 2023…

Read More

Edisi cetak terakhir Utusan Sarawak

KUCHING 28 Feb. – Akhbar harian berbahasa Melayu negeri ini, Utusan Sarawak dan Mingguan Sarawak akan menamatkan penerbitan edisi cetak mulai esok, Sabtu dan akan beralih ke platform dalam talian sepenuhnya. Penasihat Editorial Eksekutif Utusan Sarawak, Kadir Dikoh berkata penamatan  edisi cetak akhbar yang wujud sejak tiga dekad lalu selaras perkembangan dunia hari ini yang dikuasai oleh paparan digital dan penggunaan platform dalam talian. “Mulai Sabtu, 1 Mac 2025, Utusan Sarawak akan beroperasi sepenuhnya dalam talian melalui versi web, aplikasi Utusan Sarawak serta laman Facebook Utusan Sarawak. Kira-kira 20 tahun…

Read More

Korea Utara uji peluru berpandu

SEOUL – Korea Utara menjalankan ujian pelancaran peluru berpandu jelajah strategiknya di Laut Kuning minggu ini dalam satu latihan bertujuan menunjukkan keupayaan ‘pencegahan nuklear negara’, sebagai ‘benteng pertahanan’. Menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), pelancaran yang berlangsung pada Rabu itu dihadiri Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Media melaporkan latihan itu bertujuan memberi amaran kepada musuh Korea Utara mengenai ‘keupayaan serangan balas, di mana-mana ruang serta kesediaan pelbagai kaedah operasi nuklear negaranya’. Peluru berpandu itu kelihatan berlegar-legar di ruang udara selama 130 minit sebelum ‘menghentam tepat ke sasaran’,. Ketika menghadiri latihan…

Read More

Sekatan keselamatan di Masjid Al-Aqsa

BAITULMUQADDIS – Israel akan mengenakan sekatan biasa bagi keselamatan awam seperti tahun sebelumnya di kawasan Masjid Al-Aqsa di Kota Lama Baitulmuqaddis sepanjang bulan Ramadan, yang bermula hujung minggu ini. Jurucakap kerajaan Israel, David Mencer, dalam taklimat dalam talian kepada wartawan berkata, langkah berjaga-jaga akan diambil sekali lagi tahun ini. “Apa yang tidak boleh kami benarkan – dan mana-mana negara juga tidak akan membenarkan – ialah individu yang cuba mencetuskan keganasan atau melakukan serangan ke atas orang lain,” katanya. Setiap kali Ramadan, ratusan ribu rakyat Palestin datang untuk menunaikan solat di…

Read More

2.1 juta peminjam PTPTN diberi notis

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Sehingga akhir bulan lalu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengeluarkan notis peringatan kepada 2.1 juta peminjam yang gagal melaksanakan bayaran pinjaman balik mengikut jadual yang ditetapkan. Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abdul Kadir, berkata tindakan itu setakat ini berjaya menarik sebahagian peminjam untuk berunding dengan PTPTN. “Bagi peminjam yang tidak menghiraukan notis ini, tindakan lebih tegas akan diambil berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Jadi, kita harap mereka akan segera datang ke PTPTN bagi mengadakan perbincangan,” katanya Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan…

Read More