Kenapa DAPSY cepat melatah?

SEPANG 13 Jan. – Pemuda UMNO menegaskan teguran Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh supaya menitikberatkan status dan logo halal bukan serangan terhadap kerajaan atau mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan. Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin sebaliknya berkata, peringatan oleh Dr Akmal itu adalah wajar. “Segelintir pihak mungkin beranggapan isu ini remeh tetapi bagi pengguna beragama Islam, ia merupakan perkara penting dan kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat. “Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan takrifan ‘ham’ yang dipamerkan pada bungkusan makanan oleh KK Super Mart tidak mempunyai Sijil…

Read More

DAPSY ingatkan jangan seperti tin kosong

SEPANG 13 Jan. – Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong, mengingatkan pemimpin Pemuda UMNO supaya tidak mengapi-apikan bahang politik dan berlagak seperti hero. Katanya, pemimpin pemuda harus membantu untuk membina jambatan perpaduan, bukannya menjadi api dalam sekam dengan membakar lagi jambatan tersebut. “Jangan bertindak seperti tin kosong, sangat bising tetapi tidak berisi dan kosong sahaja,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau merujuk isu penjualan pek sandwic di KK Mart Universiti Malaya (UM) yang diragui status halalnya yang dakwanya ditularkan oleh Ketua Pemuda UMNO  Dr Akmal Saleh, seolah-olah pihak universiti…

Read More

KK Super Mart lapor polis

SEPANG 13 Jan. – KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) Justeru, KK Super Mart membuat laporan polis terhadap syarikat pengeluar produk ‘sandwic ham & cheese’ yang dijual di premisnya. Pada masa yang sama, KK Super Mart turut mengarahkan peguam menghantar Surat Tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari 2025 kepada syarikat terbabit serta menggantung serta-merta segala urus niaga dengan syarikat pengeluar berkenaan. Langkah itu susulan dakwaan penemuan produk diragui status halal di dua premis kedai serbanekanya di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini. KK Super Mart dalam satu kenyataan…

Read More

KPDN, Jakim serbu kilang sandwich

PUTRAJAYA 13 Jan.  – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita pelbagai jenis sandwich dalam serbuan di sebuah kilang di Sunway Damansara, Petaling Jaya kerana disyaki menyalah guna logo halal, Jumaat lalu. Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, dalam serbuan pukul 1 tengah hari itu, pihaknya juga menyita sebuah komputer, mesin pencetak dan beberapa dokumen perniagaan yang berkaitan. Katanya, serbuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu susulan aduan yang diterima Jakim dan tular melalui aplikasi TikTok berkaitan penggunaan perakuan logo halal yang…

Read More

Jakim sahkan sandwic tiada sijil halal

SEPANG 13 Jan.  – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic ‘ham dan keju’ yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Dalam kenyataannya, Jakim berkata, pihaknya selesai melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Jumaat lalu dan semakan mendapati syarikat yang menghasilkan produk terbabit juga bukan pemegang sijil halal. Justeru, tindakan syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730) iaitu Perintah…

Read More

Ambil tindakan ‘ham dan cheese halal’

SEPANG 13 Jan. – “Luka lama pun masih belum sembuh, kini ditusuk lagi luka yang baru,” demikian reaksi Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh susulan penemuan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). Justeru Dr Muhamad Akmal menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, turut mempersoalkan bagaimana kedai serbaneka KK Mart berkenaan mendapat logo halal yang diletakkan pada bungkusan…

Read More

Amaran salji lebat berterusan di Poland

WARSAW – Salji lebat diramalkan berterusan melanda kawasan timur, selatan dan tengah Poland dengan kawasan pergunungan dijangka menerima taburan salji paling tinggi. Gunung Tatra kekal bawah amaran runtuhan salji tahap dua hingga pukul 8 malam waktu tempatan, semalam. Taman Negara Tatra menasihati pelancong supaya lebih berhati-hati, sekali gus memberi amaran mengenai keadaan berbahaya di kawasan altitud tinggi, termasuk timbunan salji tebal dan pembentukan ‘cornice’ salji akibat angin kencang. Dalam pada itu, kira-kira 32,000 isi rumah di seluruh Poland, terutama di wilayah utara, terputus bekalan elektrik akibat ribut salji. Seorang pegawai…

Read More

Bantuan kemanusiaan Jerman di Syria

RIYADH – Sebanyak €50 juta (AS$51 juta) diperuntukkan Jerman sebagai bantuan kemanusiaan kepada Syria, kata Menteri Luar Annalena Baerbock di luar satu persidangan di sini semalam. Dana itu akan disalurkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pelbagai organisasi bukan kerajaan untuk menyediakan makanan, tempat perlindungan kecemasan, serta penjagaan perubatan. Baerbock turut membincangkan prospek melonggarkan beberapa sekatan terhadap Syria tetapi menegaskan, sekatan terhadap anggota rejim bekas pemerintah Syria Bashar al-Assad, yang didakwa melakukan jenayah serius semasa perang saudara, perlu dikekalkan. Kerajaan Jerman juga mencadangkan pendekatan “pintar” kepada Kesatuan…

Read More