KUALA LUMPUR 31 Jan. – Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Datuk Mohd Nizam Jaffar, dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-23, berkuat kuasa hari ini. Beliau menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman yang bersara wajib selepas berkhidmat hampir empat dekad bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mohd Nizam adalah individu kedua dilantik sebagai PAT yang bukan dalam kalangan Panglima Tentera Darat, Laut dan Udara sedia ada, selepas Allahyarham Jeneral Tun Ibrahim Ismail yang juga PAT Ketiga. Pada majlis Serah Terima Tugas PAT Ke-23 hari ini, Mohd Nizam, 59, yang berpangkat…
Read MoreMonth: January 2025
Gaji minimum baharu berkuat kuasa
PUTRAJAYA 31 Jan. – Gaji minimum baharu RM1,700 berbanding RM1,500 sebelum ini yang berkuat kuasa esok, 1 Februari akan memanfaatkan 4.37 juta pekerja selaras dengan agenda menekankan keadilan sosial dan kesejahteraan. Perintah gaji minimum baharu itu ditetapkan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan suatu aktiviti profesional, tanpa mengambil kira bilangan pekerja yang digajikan oleh majikan berkenaan. Menurut Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja, tarikh kuat kuasa bermula pada 1 Ogos bagi memastikan majikan diberi tempoh mencukupi untuk melakukan…
Read MoreAfdlin dakwa agenda burukkan nama
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki menyifatkan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agenda yang sengaja dilakukan untuk memburukkan namanya. Afdlin menafikan dakwaan itu melalui entri di Instagram (IG) susulan tular hantaran dalam Telegram baru-baru ini yang cuba mengaitkannya dengan tuduhan salah laku dalam perolehan satu projek di bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur. “Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek ini. “Untuk perhatian saudara saudari sekalian, ini adalah usaha oleh pihak yang…
Read MorePeranan penting Malaysia bangunkan Gaza
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam pelbagai peringkat sama ada domestik, serantau dan antarabangsa dalam usaha pembangunan semula Gaza di Palestin. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil, berkata dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik bagi menjalin kerjasama erat dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Katanya, negara OIC itu termasuk Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, dan negara Timur Tengah lain yang mempunyai kapasiti ekonomi sangat kukuh. Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata, kmelalui…
Read MoreBerita pilihan…
Pemimpin Arab pertama kunjungi Syria
DAMSYIK – Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani menjadi pemimpin Arab pertama yang melawat Syria sejak kejatuhan rejim Bashar al-Assad. Beliau tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik pada Khamis dan disambut Ahmed Al-Sharaa, yang diisytiharkan sebagai Presiden sementara Syria. Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria, dengan Qatar dijangka memainkan peranan utama dalam pembinaan semula, menurut agensi berita Qatar. Sebelum inj, Qatar menyokong pasukan pembangkang Syria semasa perang saudara negara itu yang berlangsung selama 13 tahun sebelum Assad melarikan diri dari Damsyik ke Moscow pada awal Disember.…
Read More9 negara dijangka bentuk Kumpulan The Hague
THE HAGUE – Sembilan negara, dijangka membentuk Kumpulan The Hague dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin. Bagi tujuan itu, satu mesyuarat melibatkan Malaysia, Belize, Bolivia, Chile, Colombia, Honduras, Namibia, Senegal dan Afrika Selatan akan diadakan Kumpulan berkenaan dijangka mengumumkan langkah undang-undang, ekonomi serta diplomatik yang terselaras bagi memastikan Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa, termasuk tindakan berterusannya di Gaza. Pengumuman dijangka dibuat dalam sidang media pada sebelah petang yang dianjurkan oleh Progressive International, sebuah organisasi politik antarabangsa. Penyelaras Bersama Progressive…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 31.01.2025
Khutbah berdasarkan peristiwa fitnah
IPOH 30 Jan. – Khutbah Jumaat bertajuk ‘Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki’ yang akan dibaca di negeri ini esok tidak ada kena mengena dengan mana-mana individu. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam kenyataannya berkata, khutbah itu disediakan berdasarkan peristiwa fitnah terhadap isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Aisyah. Justeru JAIPk menerusi hantaran Facebooknya menafikan dakwaan kononnya khutbah Jumaat itu ada kena mengena atau menyinggung mana-mana individu tertentu. “Berkenaan khutbah Jabatan Agama Islam Perakbertajuk ‘Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki’ yang akan dibacakan pada minggu ini, ia tiada kena mengena dengan…
Read More150 terkandas dapat harga diskaun Andalusia
SEPANG 30 Jan. – Kekecewaan jemaah umrah yang terkandas baru-baru ini terubat apabila syarikat pengendali haji dan umrah Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan pakej khas dengan tawaran harga lebih rendah. Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md Daud Che Ngah berkata pihaknya terpanggil untuk membantu jemaah berkenaan dan seramai 150 orang menerima tawaran itu yang melibatkan beberapa penerbangan. “Kami bersimpati dan berasa sedih dengan apa yang terjadi kepada bakal-bakal tetamu Allah ini yang sudah lama merancang untuk menunaikan umrah bersama ahli keluarga mereka. Kami juga terkesan dengan perkara ini,” katanya.…
Read More