KK Super Mart lapor polis

SEPANG 13 Jan. – KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) Justeru, KK Super Mart membuat laporan polis terhadap syarikat pengeluar produk ‘sandwic ham & cheese’ yang dijual di premisnya.

Pada masa yang sama, KK Super Mart turut mengarahkan peguam menghantar Surat Tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari 2025 kepada syarikat terbabit serta menggantung serta-merta segala urus niaga dengan syarikat pengeluar berkenaan.

Langkah itu susulan dakwaan penemuan produk diragui status halal di dua premis kedai serbanekanya di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

KK Super Mart dalam satu kenyataan memaklumkan segala pemprosesan produk terbabit daripada kemasukan ke mana-mana premis lain berikutan siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan itu, hanya 16 KK Concept Store yang mempunyai kemasukan produk itu dan pihaknya telah membekukan urusan perniagaan bersama syarikat terbabit.

“Kami difahamkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas kilang terbabit di Sunway Damansara, Petaling Jaya.

Demi menjaga kepercayaan dan keselamatan pelanggan, kerjasama penuh akan diberikan dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang mencemarkan keyakinan serta kesejahteraan pelanggan kami,” katanya.

“Untuk makluman semua pihak, produk sandwic ini dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat terbabit dipasarkan kepada pelanggan melalui beberapa platform perniagaan, antaranya adalah di rangkaian KK Concept Store.

Penjelasan daripada kami adalah, pihak syarikat terbabit telah mengemukakan sijil halal bagi ‘chicken ham’ (kepingan ayam) dan kepingan keju tersebut. Tulisan yang dipamerkan pada bungkusan roti sandwic tersebut serta penulisan perkataan ini adalah daripada pihak syarikat terbabit,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, KK Super Mart berkata, syarikat itu memandang serius perkara tersebut dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berulang.

Media sebelum ini melaporkan UM baru-baru ini mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic yang diragui status halalnya.

Berikutan itu, Jakim mengesahkan bahawa ‘sandwic ham & cheese’ yang dijual di kedai serbaneka di UM tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia.

Nnn

Related posts

Leave a Comment