Kenapa DAPSY cepat melatah?

SEPANG 13 Jan. – Pemuda UMNO menegaskan teguran Ketua Pemuda UMNO,  Dr Muhamad Akmal Saleh supaya menitikberatkan status dan logo halal bukan serangan terhadap kerajaan atau mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin sebaliknya berkata, peringatan oleh Dr Akmal itu adalah wajar.

“Segelintir pihak mungkin beranggapan isu ini remeh tetapi bagi pengguna beragama Islam, ia merupakan perkara penting dan kita mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengesahkan takrifan ‘ham’ yang dipamerkan pada bungkusan makanan oleh KK Super Mart tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Malah, syarikat pengeluaran produk tersebut juga bukan pemegang sah SPHM. Maka, penggunaan logo halal palsu ini adalah satu penipuan yang boleh membawa implikasi besar,” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook.

Hafiz yang juga Setiausaha Pemuda Barisan Nasional (BN) itu turut mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong yang cepat melatah dan menyifatkan komen dibuat terhadap Dr Akmal itu agak keterlaluan.

“Mengapa ketua baharu DAPSY cepat melatah? Komen ‘jangan tunjuk hero’ yang ditujukan kepada Dr Akmal agak kasar dan memberi mesej seolah-olah kita ingin mencetuskan pertembungan.

“Saya tegaskan, kami menghormati kepimpinan Pemuda PH dan tiada masalah peribadi dengan mereka. Jadi, sila jaga kata-kata anda, keutamaan kami hanya terhadap perkara-perkara penting sahaja.

Sebelum ini, Kah Leong menyifatkan tindakan Dr Akmal dalam mempersoalkan jaminan keselamatan produk yang mempunyai logo halal dijual rangkaian KK Mart itu sebagai berlagak hero dan mengapi-apikan keadaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Akmal berhubung gesaan beliau agar polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

Nnn

Related posts

Leave a Comment