Tidak bermaksud persoal sijil halal

SEPANG 8 Sept. – Selepas dikecam pelbagai pihak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tampil menjelaskan beliau tidak bermaksud mempersoalkan pensijilan halal, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau tidak menghormati agama Islam Dalam kenyataannya, Naib Pengerusi DAP itu berkata, sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, beliau mengutarakan masalah dan suara hati rakyat berbilang kaum berhubung pensijilan halal itu. Teresa berkata, beliau tidak mempunyai peluang untuk menyampaikan pandangan berhubung pensijilan halal melalui saluran dalaman. Pada masa yang sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar membangkitkan cadangan…

Read More

DAP yakin Teresa tak langgar undang-undang

SEPANG 8 Sept. – Pucuk pimpinan DAP yakin Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tidak melanggar undang-undang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya ketika  menyampaikan pandangan berhubung isu pensijilan halal. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP hanya menyampaikan pandangannya sebagai Ahli Parlimen mengenai dasar kerajaan. “Teresa tidak melanggar undang-undang dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen dengan menyampaikan pandangan terhadap sesuatu dasar kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain memaklumkan, polis membuka kertas siasatan mengikut prosedur operasi…

Read More

Jawatankuasa DAP Perak catat sejarah

IPOH 8 Sept. – Pemilihan Jawatankuasa DAP Perak mencatat sejarahnya apabila buat pertama kali sejak pemilihan parti diadakan 58 tahun lalu, kesemua 15 calon pimpinannya menang tanpa bertanding. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mengetuai senarai dengan mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi manakala bekas Menteri Sumber Manusia V Sivakumar sebagai Timbalan Pengerusi DAP Perak. Turut kekal dua Naib Pengerusi DAP Perak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari dan Exco Perak, A Sivanesan, selain Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah…

Read More

Calon BN Mahkota dijangka menang besar

SEPANG 8 Sept. –  Pengerusi Muafakat Nasional (MN),  Annuar Musa menjangkakan calon Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 24 September ini. Beliau berkata BN mampu mengulangi kejayaan diperoleh di Nenggiri bulan lalu dengan majoriti lebih besar. Katanya , keyakinan itu hasil keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada November lalu apabila Allahyarham Sharifah Azizah berjaya merampas kembali kerusi DUN Mahkota daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 5,166 undi. Pada PRN lalu, BN menang selepas calonnya memperoleh 16,611 undi sementara PH…

Read More

Teresa Kok suara kebimbangan pengundi

IPOH 8 Sept. – DAP mempertahankan kenyataan Teresa Kok yang dianggap sekadar menyuarakan kebimbangan pengundi di kawasannya berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol. Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, Ahli Parlimen Seputeh itu mempunyai tanggungjawab menyatakan pandangan mewakili rakyat di kawasannya apabila cadangan berkenaan dilihat dapat mencetuskan kebimbangan terutamanya kepada pengusaha restoran bukan Islam. Justeru beliau berharap isu pensijilan halal seperti yang dibangkitkan oleh Teresa tidak dipolemikkan. “Sebagai ahli parlimen, beliau memang ada tanggungjawab menyatakan pandangan, dan apa yang…

Read More

Kadar tol boleh turun jika kos dikawal, tiada ketirisan

SEREMBAN 8 Sept. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata kadar tol mungkin boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal, selain tidak berlakunya ketirisan dan rasuah. Anwar berkata, kos pembangunan lebuh raya sebenarnya boleh dikurangkan namun meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan. “Ini mesti dihentikan. Saya percaya Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk projek yang seterusnya, pastikan kelulusan disegerakan. “Ini boleh berlaku kalau semua bertanggungjawab dan berasakan ini (projek lebuh raya) projek rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat…

Read More

Menyorok selera Terengganu di KL

KALAU pagi dah sampai di kawasan Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, lokasi pilihan untuk menyorok adalah Restoran D’ Ganu Kitchen. Orang Terengganu tentu tahu restoran ni. Kalau tak silap  alamatnya No 6, Jalan Chow Kit Kiri, Chow Kit. Lebih mudah naik LRT turun di Stesen PWTC. Keluar dari stesen ambil kanan, turun tangga ke arah Sungai Gombak, maka nampaklah kerusi meja restoran tu. Kira ikut jalan belakang tepi sungai. Jika ikut pintu depan, di hujung jalan atau lorong tu ada parkir berbayar. Baru-baru ni, kebetulan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO…

Read More

Teresa timbulkan kontroversi tak relevan

SEREMBAN 8 Sept. – Kenyataan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dalam isu pensijilan halal tidak mewakili pendirian Pakatan Harapan (PH), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu antara lain mencetuskan kontroversi yang tidak relevan kepada masyarakat di negara ini. Justeru beliau menasihati mana-mana pemimpin politik mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara itu boleh diteliti secara menyeluruh. “Tak payah jadi begini kerana ini menimbulkan kontroversi yang tidak relevan dalam masyarakat kita. “Ada masalah… peraturan perlu supaya…

Read More