Year: 2024
Sistem kesihatan Gaza dalam ancaman
RAMALLAH – Sistem kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam ancaman serius, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Justeru beliau menggesa supaya serangan ke atas hospital dan dihentikan di mana penduduk Gaza memerlukan akses kepada rawatan kesihatan manakala petugas kemanusiaan memerlukan akses untuk memberikan bantuan kesihatan. Tedros turut mendedahkan bahawa Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang oleh tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu. WHO dengan kerjasama rakan-rakannya, telah menghantar bekalan perubatan penting, makanan, dan air ke Hospital Indonesia. Sepuluh pesakit…
Read MoreKampung Haji Indonesia di Arab Saudi
JAKARTA 30 Dis. – Kerajaan Arab Saudi dilaporkan menyediakan kawasan seluas 50 hektar bagi pembangunan Kampung Haji Indonesia bagi mempermudahkan urusan dan meningkatkan kualiti layanan kepada jemaah haji serta umrah dari Indonesia. Langkah ini turut mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara dalam menguruskan keperluan ibadah berjuta-juta umat Islam dari Indonesia. Wakil Menteri Agama Indonesia, Romo HR Muhammad Syafi’i, dilaporkan berkata, Putera Mahkota Muhammad Bin Salman telah menyerahkan tanah seluas 50 hektar dengan konsesi selama 100 tahun. Menurut laporan media, Romo menjelaskan bahawa idea itu timbul daripada keprihatinan Presiden Prabowo Subianto…
Read MoreMedia Hari Ini 30.12.2024
Media Hari Ini Ahad 29.12.2024
Berita pilihan…
TikTok didenda 3 juta rubel
MOSCOW – Mahkamah Daerah Tagansky di Moscow mengenakan denda 3 juta rubel (US$28,600) terhadap TikTok kerana enggan menurunkan kandungan terlarang, Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia (Pelanggaran prosedur bagi mengehadkan akses kepada maklumat, sumber maklumat, dan/atau memadamkan maklumat yang mesti disekat mengikut undang-undang Rusia mengenai maklumat, teknologi maklumat dan perlindungan maklumat). Susulan itu, mahkamah mengenakan penalti pentadbiran dalam bentuk denda sebanyak 3 juta rubeL Nnn
Read MorePengalaman Ketua Pengarah WHO
SANAA – “Saya risau mengenai dunia kita, ke mana hala tujunya,” kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus selepas pengalaman ngerinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa kelmarin. Terdahulu beliau berdepan pengalaman dalam serangan udara yang dilancarkan Israel terhadap lapangan terbang utama Yaman, ketika siri serangan ke atas kumpulan Houthi. Belau seperti dilaporkan media tidak pasti akan selamat dalam serangan itu berkata, letupan yang menggegarkan bangunan itu begitu kuat sehingga dengungan telinganya masih berterusan. Tedros berkata, keadaan huru-hara di lapangan terbang dengan cepat menjadi jelas sebagai serangan, menyebabkan…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 28.12.2024
TNB: Kadar tarif baharu belum muktamad
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Kerajaan belum memutuskan kadar tarif elektrik baharu yang dijangka dilaksanakan mulai Julai 2025 di bawah pelaksanaan Tempoh Kawal Selia 4 (RP4). Ketua Pegawai Kewangan (Divisyen Kewangan Kumpulan) Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Nazmi Othman berkata, keputusan mengenai jadual tarif elektrik baharu itu dijangka diputuskan kerajaan selewat-lewatnya Jun depan. Justeru, sehingga dimuktamadkan, jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa tanpa perubahan. Beliau berkata, pada masa ini, kerajaan sedang dalam proses kajian semula untuk memuktamadkan jadual tarif baharu. Kerajaan mempunyai masa yang…
Read More