BEIJING 22 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah Lawatan Negara baginda ke China mengukuhkan lagi persahabatan dan hubungan dua hala kedua-dua negara. Baginda bertitah banyak perkara telah dibincang bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang serta diterima baik oleh kedua-dua pemimpin. “Hubungan baik antara Malaysia dan China berasaskan kepercayaan serta penghormatan yang membolehkan kerjasama erat dalam hampir semua sektor. “Beta berharap kerajaan akan meneliti hasil lawatan ini dan mengambil langkah sewajarnya dalam bidang yang dibincangkan antaranya pendidikan, perdagangan, pelaburan serta pengangkutan dan kesalinghubungan,” titah baginda kepada Royal…
Read MoreDay: September 22, 2024
Sekolah berkait dengan GISB ditutup
SHAH ALAM 22 Sept. – Sekolah yang terkait dengan GISB Holdings (GISBH) dan rangkaiannya di negeri ini ditutup serta dibatalkan pendaftaran, kata Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, langkah itu antara tindakan bersepadu dijalankan bersama Jabatan Agama Islam (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap GISBH dan rangkaiannya. MAIS turut memastikan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor membuat keputusan segera bagi hasil kajian dan penelitian terhadap GISBH. “Tindakan serius sudah diambil oleh JAIS berhubung perkara ini dan laporan berkaitan akan dibentangkan kepada MAIS…
Read MoreSteven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang
BAYAN BARU 22 Sept.- Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang sebelum ini disebut-sebut bakal memimpin kerajaan negeri dipilih sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang menggantikan Chow Kon Yeow yang menyandang jawatan itu sejak 1999. Sim yang juga Menteri Sumber Manusia, sebelum itu memperoleh undi kedua tertinggi pada pemilihan 15 Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang 2024-2027 yang berlangsung di sini, hari ini. Pada sidang media selepas pemilihan, beliau mengucapkan terima kasih atas keyakinan dan kepercayaan diberi kepadanya dan barisan jawatankuasa kepemimpinan baharu bagi sesi 2024 hingga 2027. “Saya ingin menegaskan Jawatankuasa…
Read MoreRamkarpal Singh peroleh undi tertinggi
BAYAN BARU 22 Sept. – Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, meraih undi tertinggi dalam saingan menduduki 15 kerusi Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang 2024-2027 pada pemilihan yang berlangsung di sini, hari ini. Beliau memperoleh 1,247 undi, diikuti Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, 1,237 undi dan bekas Exco Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin di tempat ketiga (1,225 undi). Ahli Parlimen Tanjong merangkap Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, yang sebelum ini disebut-sebut sebagai antara nama bakal menerajui DAP negeri berada di kedudukan ke-12 dengan…
Read MoreMenyorok Kopi ‘O’ Kampong
SINGGAH di Pavilion Kedah MAHA 2024 baru-baru ini ternampak Galeri Kopi ‘O’ Kampong. Malangnya malam tu kopi kehabisan stok. Ada minuman botol saja. Apa pun ia mengembalikan kenangan ‘menyorok’ di lokasi asalnya di Hutan Kampung, Alor Setar pada Julai tahun lalu. Rasanya tidak banyak berubah. Mungkin menu bertambah. Ada kelainan ‘menyorok’ di sini. Terbayang kopi ‘O’ yang dimasak dalam cerek hitam di atas dapur kayu. Rasanya memang berbeza kerana aroma dapur kayu ini. Khabarnya kopi yang digunakan tulen tanpa campuran bahan lain. Pemilik Kafe Kopi O Kampong, Ruslin Long. Masuk…
Read MoreBerita pilihan….
Darurat selepas hujan lebat
ROME – Itali mengisytiharkan darurat ke atas dua wilayah di utara negara itu pada Sabtu selepas beberapa hari hujan lebat, menyebabkan banyak jalan di kedua-dua wilayah itu ditenggelami air. Susulan itu, kerajaan pimpinan sayap kanan Perdana Menteri Giorgia Meloni turut menyediakan bantuan kecemasan sebanyak EUR20 juta (kira-kira AS$22 juta) kepada wilayah-wilayah Emilia-Romagna dan Marche. Secara keseluruhan, lebih 2,500 orang terpaksa dipindahkan daripada kediaman mereka. Beberapa bandar, termasuk Bologna, Modena dan Ravenna turut terjejas, begitu juga pusat peranginan pantai Rimini di pantai Adriatik. Tahun lepas, cuaca buruk menyebabkan 17 orang maut…
Read More2.39 juta terjejas akibat bencana alam
POLAND – Perangkaan awal menunjukkan sebanyak 57,000 orang terjejas secara langsung susulan banjir besar di selatan Poland, dan dianggarkan 2.39 juta orang terjejas oleh keadaan bencana alam yang diisytiharkan di 749 bandar dan pekan. Hujan lebat luar biasa menyebabkan air sungai melimpah keluar dari tebing, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dan memaksa pemindahan 6,544 orang di selatan Poland. Menurut Ketua Pejabat Perdana Menteri Poland Jan Grabiec, sehingga kini 11,502 rumah keluarga-bujang dan blok apartmen, 6,033 kemudahan isi rumah, dan 724 kemudahan awam, seperti sekolah, jalan raya dan jambatan, rosak atau ditenggelami…
Read More