PUTRAJAYA 30 Sept. – Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan pada 2 Februari lepas akan berkuat kuasa serentak bersama Peraturan-Peraturan dan Perintah di bawahnya, bermula esok, Selasa. Dalam kenyataannya, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan penguatkuasaan akta itu melibatkan beberapa aspek yang akan dikuatkuasakan secara serta-merta dan berfasa. Ia termasuk peruntukan berkaitan penjualan produk merokok yang berbentuk permainan dan menarik perhatian golongan kanak-kanak serta remaja bertujuan mengekang kebolehdapatan produk tersebut. “(Selain itu) peruntukan yang melibatkan pengiklanan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok, serta berkaitan tempat…
Read MoreMonth: September 2024
Pemimpin Hamas terbunuh di Lubnan
BEIRUT – Kumpulan Hamas hari ini berkata, seorang pemimpinnya di Lubnan Fatah Sharif Abu al-Amine terbunuh dalam serangan Israel di selatan negara itu. Ahli kepimpinan pergerakan Hamas di luar negara” itu terbunuh dalam serangan udara di “rumahnya di kem Al-Bass di selatan Lubnan,. Fatah dibunuh bersama isteri, anak lelaki dan anak perempuannya, dalam “pembunuhan pengganas dan jenayah.” Agensi Berita Nasional rasmi melaporkan serangan udara ke atas Al-Bass berhampiran bandar Tyre, mengatakan ia adalah “kali pertama” kem itu menjadi sasaran. Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas Barisan Popular untuk Pembebasan Palestin…
Read MoreHentikan jualan 5 produk kosmetik
PUTRAJAYA 30 Sept. – Lima jenis produk kosmetik tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia susulan dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Produk berkenaan adalah Karisma Aqua Birds Nest; 2 Skin Revolution – PAP – Blemish Control Serum; Skin Revolution -PAP – Blemish Fade Cream; Ufora Daily Treatment 10g dan Dnars Gold Debalen Cream (Night). Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), mengesan produk-produk berkenaan mengandungi hydroquinone, clindamycin, metronidazole, tretinoin dan betamethasone 17-valerate. “Semua jenis bahan…
Read MoreHenti nyanyi lagu tular GISB
TUMPAT 30 Sept. – Orang ramai diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan lirik lagu GISB Holdings (GISBH) yang didakwa membawa fahaman sesat dan bercanggah dengan agama Islam. Justeru Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad meminta supaya perbuatan menyanyikan lagu itu yang kini tular di media sosial dihentikan segera. “Lirik lagu ini umpama zikir kerana ia sudah ada ketika pengasas pertubuhan Al-Arqam, Asaari Muhammad masih hidup dan kini parodi lagu berkenaan kembali tular di media sosial. “Justeru saya menasihatkan supaya hentikannya segera kerana boleh memesongkan akidah,” katanya selepas merasmikan…
Read MoreIsteri Daim lapor polis artikel Bloomberg
PETALING JAYA 30 Sept. – Na’imah Khalid, isteri bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin, membuat laporan polis berhubung artikel Bloomberg mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap suaminya. Laporan Bloomberg sebelum ini yang memetik sumber, mendakwa SPRM diarahkan untuk menyiasat bekas Menteri Kewangan itu dan Dr Mahathir Mohamad serta anak-anak bekas Perdana Menteri. “Saya di sini hari ini mewakili suami saya. Dia tidak dapat ke balai polis untuk membuat laporan disebabkan keadaan fizikalnya,” kata Na’imah kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Isteri bekas Menteri…
Read MoreBayi 2024 dijangka hidup 75.2 tahun
PUTRAJAYA 30 Sept . – Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun manakala bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata secara purata, seorang bayi perempuan dijangka boleh hidup sehingga 77.8 tahun iaitu 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki pada 73.0 tahun. Dalam kenyataan bersempena penerbitan Jadual Hayat Ringkas Malaysia, 2022-2024, beliau berkata, jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi lelaki dan perempuan mengikut negeri bagi 2022 hingga 2024 dicatat…
Read MoreBerita pilihan…
Kedaulatan Lubnan perlu dipertahan
RIYADH: Kedaulatan serta keutuhan Lubnan perlu dipelihara susulan serangan yang dilakukan oleh Israel, demikian tegas Kerajaan Arab Saudi. Dalam kenyataannya, Arab Saudi menyatakan sokongan terhadap Lubnan yang menjadi sasaran terbaharu Israel. Arab Saudi meneliti perkembangan terkini di Lubnan dengan “kebimbangan yang serius,” walaupun tidak menyebut mengenai pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah. Pada masa yang sama, Arab Saudi juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk berusaha melindungi keselamatan serantau dan meminimumkan kesan kemanusiaan akibat konflik tersebut.
Read MoreSerangan Israel korbankan 105 orang di Lubnan
BEIRUT – Kementerian Kesihatan memaklumkan sekurang-kurangnya 105 orang terbunuh dan 359 cedera dalam serangan udara Israel di seluruh Lubnan pada Ahad, semalam. Kematian tertinggi adalah di selatan Lubnan apabila 48 orang terbunuh dan 168 cedera di Ain Al-Delb dan Tyre. Portal berita CNN melaporkan, Kementerian Kesihatan turut memaklumkan, serangan udara Israel turut menyebabkan “kerosakan teruk” kepada hospital Kana di selatan. Wilayah Baalbek-Hermel di Lembah Beqaa di timur Lubnan juga terjejas teruk dengan 33 orang terbunuh dan 97 cedera. Dalam masa sama, sejumlah orang awam terkorban di wilayah selatan Nabatiyeh, termasuk…
Read More