PH, BN lakukan ‘pembunuhan karakter’ terhadap PN

KUALA LUMPUR 10 Jan.- Muhyiddin Yassin mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berusaha melakukan pembunuhan karakter terhadap Perikatan Nasional (PN) dan dirinya dengan pelbagai tohmahan jahat. Pengerusi PN itu mendakwa, tindakan tersebut dibuat antara lain berikutan kegentaran gabungan PH dan BN menghadapi kemaraan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam tempoh beberapa bulan lagi. “Apa motif PH-BN hampir setiap hari melemparkan tohmahan terhadap PN dan secara berterusan melakukan witch-hunting? Jawapannya mudah. “PH-BN takut dengan bayang-bayang sendiri. Mereka gelisah melihat PN mendapat sokongan sekurang-kurangnya 62%…

Read More

Kuota haji Malaysia kembali kepada 31,600

SEPANG 10 Jan. – Malaysia menerima kuota penuh bagi musim haji tahun ini iaitu sebanyak 31,600 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar. Perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia kepada Mohd Na’im sewaktu mesyuarat khas semalam bagi membincangkan aspek persiapan Musim Haji Tahun 1444H/2023M sempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Arab Saudi. “Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya menzahirkan rasa amat bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota penuh ini,”…

Read More

Singapura dapat semula 900 kuota haji

SINGAPURA: Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota rasmi 900 jemaah haji untuk Singapura pada musim haji 2023, kata  Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. Dalam hantaran di Facebooknya, menteri itu berkata beliau dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah telah menandatangani Perjanjian Haji bagi Singapura sebagai persediaan menghadapi musim haji 2023 pada Jun. Masagos Zulkifli kini berada di Arab Saudi atas undangan Dr Tawfiq untuk menghadiri Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah. “Walaupun kami ingin mendapatkan lebih banyak tempat…

Read More

Bung Moktar di blok pembangkang DUN Sabah

KOTA KINABALU 10 Jan. – Apakah kesudahannya krisis politik di Sabah? Persoalan ini timbul apabila berlaku perubahan tempat duduk sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) semasa Persidangan Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini. Kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah merangkap ADUN Lamag, Bung Moktar Radin berubah ke blok pembangkang. Beliau sebelum ini adalah Timbalan Ketua Menteri yang berada di sebelah Ketua Menteri Hajiji Noor. Turut berubah kedudukan adalah dua lagi tempat duduk ADUN BN yang sebelum ini menyandang jawatan menteri dalam Kabinet negeri iaitu ADUN Karambunai, Yakub Khan…

Read More

Tubuh jawatankuasa Kerajaan Perpaduan

KOTA KINABALU 10 Jan. – Parti Warisan di Sabah menyokong saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir negeri itu, kata Presidennya, Mohd Shafie Apdal. Justeru, sebuah jawatankuasa khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah perlu ditubuhkan secepat mungkin. Dalam satu kenyataan hari ini beliau bagaimanapun memaklumkan, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan tidak akan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16 yang berlangsung hari ini. Bagaimanapun, beliau bersama ADUN Warisan menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan RUU…

Read More

Agihan kerusi PN hadapi PRN capai 80 peratus

TANJONG 10 Jan. – Perikatan Nasional (PN) sedang membincangkan pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dan ketika ini sudah mencapai 80 peratus, kata Timbalan Pengerusinya, Abdul Hadi Awang. Beliau berkata, secara asasnya rundingan sudahpun dibuat sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lagi dan menjadi asas perbincangan untuk DUN. “Sama ada keputusan perbincangan itu kekal, ia perlu dilihat kepada strategi, untuk hadapi pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas majlis dialog bersama Gerakan di Pejabat Gerakan Pulau Pinang malam tadi. Hadir sama, Pengerusi PN Pulau…

Read More

Lapan kematian, kes harian turun

PUTRAJAYA 10 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 383 kes termasuk dua kes import semalam berbanding 405 kelmarin. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,030,696 iaitu 4,992,133 kes tempatan dan 38,563 kes import. Menurut portal KKMNOW lapan kematian direkodkan akibat Covid-19 termasuk satu kematian luar hospital (BID) semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,883 termasuk 7,858 kes BID. Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Isnin pula meningkat sedikit kepada 11,414 kes berbanding 11,394 kelmarin dan daripada jumlah…

Read More

Purata kes Covid-19 di Brunei 350 sehari

BERAKAS 10 Jan. –  Kadar purata kes Covid-19 di Brunei Darussalam dalam masa satu minggu kebelakangan ini menunjukkan peningkatan iaitu 350 kes sehari, berbanding dengan kadar pada minggu sebelumnya 227 kes sehari. Menteri Kesihatan, Dr. Mohammad Isham Jaafar berkata, sebanyak 297 kes baharu dilaporkan semalam, Isnin iaitu 293 kes hasil Ujian Pantas Antigen (ART) dan empat kes hasil daripada 230 Ujian Makmal RT-PCR dalam tempoh 24 jam. Bercakap pada sidang media mengenai norma baharu Covid-19, beliau memberitahu sebanyak 36,627 keputusan ART dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di…

Read More

BN sokong bentuk Kerajaan Perpaduan Sabah

KOTA KINABALU 10 Jan. –  Barisan Nasional (BN) Sabah menyokong penuh cadangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar diwujudkan satu Kerajaan Perpaduan yang melibatkan seluruh parti politik di negeri ini. Pengerusi BN, Bung Moktar Radin berkata, beliau yakin dan percaya melalui Kerajaan Perpaduan ini, ia mampu meredakan suhu politik dan seterusnya menstabilkan politik Negeri Sabah ketika ini. “Saya juga berharap agar Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dapat menerima dengan hati yang terbuka saranan daripada Perdana Menteri ini demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya. Bung Moktar yang juga…

Read More