Lapan kematian, kes harian turun

PUTRAJAYA 10 Jan. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 383 kes termasuk dua kes import semalam berbanding 405 kelmarin.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 5,030,696 iaitu 4,992,133 kes tempatan dan 38,563 kes import.

Menurut portal KKMNOW lapan kematian direkodkan akibat Covid-19 termasuk satu kematian luar hospital (BID) semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,883 termasuk 7,858 kes BID.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Isnin pula meningkat sedikit kepada 11,414 kes berbanding 11,394 kelmarin dan daripada jumlah itu sebanyak 10,779 kes atau 94.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin PKRC, manakala 607 pesakit mendapatkan rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, 28 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 355 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,982,399 orang.

Related posts

Leave a Comment