Tiada asas kukuh McD saman BDS

KUALA LUMPUR 31 Dis. –  Tidak ada asas kukuh untuk McDonald’s Malaysia memfailkan saman terhadap boikot yang dilancarkan oleh kumpulan Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia. Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, berkatam BDS tidak secara langsung berkempen menentang syarikat makanan segera itu, sebaliknya hanya menyokong boikot yang dimulakan oleh rakyat Malaysia “Jika anda lihat laman web BDS Malaysia, kami tidak berkempen untuk boikot ini. Rakyat Malaysia yang memboikotnya,” katanya kepada pemberita di protes enam hari Kepung Demi Palestin yang diadakan di sini, hari ini. Beliau…

Read More

Seri Paduka zahir ucapan tahun baharu

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara. Menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut mendoakan perpaduan dan keharmonian negara terus berkekalan. Semoga seluruh rakyat dan negara dilimpahi keberkatan, kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah. “Semoga juga dikurniakan keafiatan, perpaduan dan keharmonian yang berkekalan,” titah Seri Paduka berdua.

Read More

Tekad SPRM capai sifar rasuah

PUTRAJAYA 31 Dis. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi fokus dan bertekad membantu negara mencapai sifar rasuah serta mengurangkan ketirisan dana awam pada tahun baharu 2024. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata tekad itu bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dalam gerak kerja yang dilakukan. “Buat warga SPRM ingatlah saban tahun kita bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu, semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja berfikir dan bertindak,” katanya. Beliau berkata demikian dalam video perutusan Tahun Baharu 2024 yang disiarkan menerusi Facebook…

Read More

MB rai peserta Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0

SEREMBAN 31 Dis. – Menteri Besar Aminuddin Harun mengucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah kepada 86 peserta yang terpilih menyertai Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0 di sini tengah hari ini. Beliau menyantuni para peserta program itu di hotel penginapan jemaah, Klana Resort dekat sini sebelum mereka dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berlepas ke Jeddah malam ini. Aminuddin mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas tidak dapat hadir melancarkan program itu malam tadi dan diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim. Program tersebut ditaja…

Read More

Negeri Sembilan penuhi impian asnaf tunaikan umrah

SEREMBAN 31 Dis. – Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0 yang ditaja syarikat Andalusia dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Menteri Besar, Aminuddin Harun berharap, 86 golongan asnaf yang terpilih dari seluruh Negeri Sembilan yang berumur dalam lingkungan 60 hingga ke 75 tahun itu dapat memanfaatkan program berkenaan. Katanya, melalui program itu, pihak kerajaan melalui MAINS turut mengeluarkan wang saku, urusan pasport dan kesihatan. Dalam ucapannya pada majlis pelancaran program itu di sini malam tadi, beliau juga meminta jemaah…

Read More

Pencalonan Imran Khan ditolak

KARACHI 31 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan menolak pencalonan bekas Perdana Menteri, Imran Khan untuk bertanding di dua kawasan pada Pilihan Raya Kebangsaan 2024 yang dijadualkan pada 8 Februari depan. Beliau hilang kelayakan bertanding dalam pilihan raya kebangsaan selepas dijatuhi hukuman penjara tiga tahun Ogos lalu kerana menjual secara tidak sah hadiah milik kerajaan ketika memegang jawatan Perdana Menteri dari 2018 hingga 2022. Bekas bintang kriket berusia 71 tahun itu terbabit dalam konflik politik dan undang-undang sejak digulingkan pada April 2022. Beliau memfailkan kertas pencalonan pilihan raya pada Jumaat…

Read More

Pas minta PMX tegas tegur DAP

SEPANG  31 Dis. – Pas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tegas menegur DAP supaya menghentikan tindakan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, kata Timbalan Presiden  Tuan Ibrahim Tuan Man. Pada masa yang sama, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sepatutnya bagi memadamkan persepsi rakyat bahawa isu 3R ini hanya terpakai kepada Perikatan Nasional (PN) tetapi disenyapkan jika melibatkan PH-BN-DAP. Katanya, DAP sekali lagi menunjukkan taring dalam kerajaan PH-BN apabila mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti urusan agama Islam. Beliau merujuk cadangan pemimpin DAP Ngeh Koo Ham yang…

Read More

Koo Ham mohon maaf, tiada niat campur tangan

SEPANG 30 Dis. – Selepas dikecam pelbagai pihak berhubung kenyataan yang dianggap mencampuri hal ehwal agama Islam, Ahli Parlimen Beruas  Ngeh Koo Ham akhirnya tampil memohon maaf. Beliau juga menarik balik cadangannya supaya melantik pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang ditubuhkan awal bulan ini. Dalam satu kenyataan, beliau mengakui tidak mengetahui bahawa jawatankuasa tersebut dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Oleh itu saya dengan ini menarik…

Read More