22,191,734 dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 27 Okt. – Sebanyak 22,191,734 atau 94.8 peratus daripada  populasi dewasa sudah lengkap menerima vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi, demikian menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Sejumlah 97.5 peratus atau 22,830,806 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa yang sama sebanyak 24.04 juta individu atau 73.6 peratus daripada populasi keseluruhan Malaysia telah melengkapkan suntikan dan  77.8 peratus atau 25.41 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sejumlah 181,160 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam membabitkan 136,290 suntikan dos lengkap dan 22,178 menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 49,434,613.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,851,024 atau 58.8 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 82 peratus atau 2,581,280 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 22,692 dos penggalak vaksin Covid-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 146,469.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.9 peratus diikuti Labuan (101.4 peratus), Negeri Sembilan (101 peratus), Pulau Pinang (98.4 peratus), Perlis (97 peratus), Johor (96.1 peratus), Melaka (91.7 peratus), Terengganu (91 peratus) dan Sarawak (90.9 peratus).

Ini diikuti Kedah (86 peratus), Perak (85.6 peratus) dan Pahang (84.5 peratus).

Paling rendah adalah Sabah (72.5 peratus) dan Kelantan (78 peratus).

Related posts

Leave a Comment